Panggilan Kaabah





Assalamualaikum sahabat...
oppssss! ingatkan dah lupa nak jenguk blog ni hehehe, kebz'an melanda aku...hurmm begitulah bunyi nye :} 

nak curi masa kejap...nak update sikit... sekarang dah masuk musim... rasanya semua orang tahu bila "Musim Haji" yang semua orang idamkan...termasuk aku, insyaAllah (suatu hari nanti) seronok pulak rasanya bila pegi kenduri sanak saudara yang bakal mengerjakan haji, ada yang dah pergi pun...aku doakan semua mereka yang pergi ke tanah suci tu, akan mendapat haji yang mabrur...amin...

Labbai kallahumma labbaik,
Labbaikala sharikala kalabbaik,
Innalhamda wanni'mata laka walmulk,
La sharikalak

Hambamu datang menyambut panggilan-Mu,
Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu 
yang tiada sekutu bagi-Mu  


“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang (ke Baitullah) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai-bagai jalan dan cerok rantau yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana kurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak untuk dijadikan korban, dengan yang demikian makanlah kamu dari daging binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.” (Al Hajj : 27 - 28)

Allah berfirman: “…Ibadah haji itu adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Sesiapa mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, tidak memerlukan sesuatu dari seluruh alam.” (Ali-Imran: 97)

sumber


Puasa...Puasa...Puasa...

Assalamualaikum...Selamat Hari Raya...

masih mood raya nampak hehehe...biasa la kan...syawal kan sebulan...bukan selalu...sebulan sekali hehehehe... opss raya, raya jugak....dh byr puasa ke? hurmm...ni la peluang untuk menambahkan pahala kan...byr puasa dan puasa sunat 6 syawal... aku pun tgh byr jugak ni...byk lagi tu hehehhe..tapi tak per...bukan selalu...best ape puasa :) ... 

ni aku nak kongsi info sikit pasal puasa qada' dan puasa sunat syawal...


NIAT PUASA 6 DI BULAN SYAWAL | PANDUAN BERPUASA 6 | Niat merupakan azam untuk melakukan sesuatu ibadat, dan letaknya di hati. Jika anda berazam ingin melakukan puasa 6 atau qadha’ puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat. Jika mahu berniat puasa 6 syawal :

“sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.

Menurut sunnah yang sahih, seseorang hendaklah berpuasa enam hari di bulan syawal. Bagi yang mempunyai puasa qada’ (ganti), afdal mendahulukan qada’ puasanya yang ditinggalkan, kemudian diikuti puasa sunat syawal. Ini kerana, puasa qada’ adalah wajib sedangkan puasa enam syawal adalah sunat. Menurut kaedah usul, perkara wajib hendaklah di dahulukan berbanding perkara sunat.

Selain itu, tidak disyaratkan seseorang berpuasa enam secara terus menerus. Dia boleh memisahkan antara hari-hari tersebut kerana tidak ada dalil yang jelas menunjukkan perbuatan salafussoleh berpuasa secara terus menerus. Namun, tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan begitu.

Ada juga yang menyuarakan persoalan hukum membaca niat dua kali. Niat dua kali sebenarnya bukan niat yang kena baca dua kali tetapi kita berniat puasa ganti dan Allah memberi kita pahala atau dua kebaikan iaitu pahala qada puasa dan juga pahala sunat puasa 6.

Bagi orang perempuan, bolehlah mengganti atau mengqada puasa ramadhan kita dengan awal, tak perlulah menunggu sampai tibanya bulan rejab/ syaaban tahun hadapan pula. Semoga amalan puasa qada dan puasa sunat kita tahun ini diterima Allah S.W.T. Paling penting jangan lupa supaya meng’qada’kan puasa terlebih dahulu sebelum berpuasa sunat 6 yea. Wallahualam. 


SUMBER: http://www.abgteror.com/niat-puasa-6-di-bulan-syawal-panduan-berpuasa-6/#ixzz24jLEtPdf




1. Qada' Puasa dan Puasa Enam

Soalan:
Saya telah tertinggal puasa selama 6 hari kerana uzur, tetapi bolehkah saya mengqada'kan puasa sekali dengan puasa 6 (sunat) dengan 2 niat tetapi 6 hari puasa sahaja?

Jawapan:
Puasa qada adalah menggantikan puasa yang difardhukan (Ramadhan) sedangkan puasa enam merupakan puasa sunat, jadi keduanya tidak boleh digabungkan. Yang paling afdal usahakan mengqada puasa Ramadhan dahulu, kemudian laksanakan puasa sunat enam, bulan Syawal.


2. Antara Puasa Enam dan Puasa Qada'

Soalan:
Ustaz, ada orang mengatakan setelah kita mengerjakan puasa enam kita tidak perlu membayar puasa qada. Boleh ustaz selesaikan kemusykilan saya ini?

Jawapan:
Fuqaha Hanafiyah, Syafeiyah dan Hanabilah mengatakan bahawa puasa enam hari pada bulan Syawal itu adalah sunat hukumnya. Jamaah ahli hadis kecuali Bukhari meriwayatkan dari An Nasai dari Abu Ayyub al Anshari bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan berpuasa enam hari pada bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun penuh". Jadi puasa enam pada bulan syawal ini merupakan puasa sunat sahaja.

Mengqada puasa adalah kewajipan kita menggantikan puasa yang tertinggal pada bulan Ramadha kerana sebab-sebab tertentu. Setengah ulama mengatakan kita perlu mengganti puasa wajib yang kita tertinggal itu barulah kita mengerjakan puasa sunat yang lainnya. Jadi antara puasa qada' dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, perlulah dipisahkan antara yang Fardhu (wajib) dan yang Sunat. Kerjakanlah puasa qada' dahulu barulah kerjakan yang sunat kerana itulah yang lebih afdal. Wallahu A'lam.


info dari : http://www.darulnuman.com/index.php?option=com_content&view=article&id=85&Itemid=147

"Selamat Hari Raya" Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan Diharap supaya jangan disimpan Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki Semoga Tuhan akan memberkati....

Saloma
Selamat Hari Raya

( 1 )
Allahyarhamah Saloma

Selamat aidil fitri ♪♫•♫♪
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

( 2 ) ♪♫•♫♪
Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

( korus ) ♪♫•♫♪
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira ♪♫•♫♪
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

( ulang 1 & 2 )

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati


Selamat hari raya ♪♫•♫♪
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan
♪♫•♫♪

hehehehe dari budak kecik yang tak kenal saloma pun boleh nyanyi lagu ni, bila lagu nie dah berkumandang di corong radio, hurm kira tak lama lagi la nak menyambut hari raya kan? masa zaman aku kanak² dulu pun sama, rayaaaa ja di ingat, posa tak penah full hehehe tapi dah besar full dah :)....
tapi zaman kanak² rasanya kita lebih seronok kan :) zaman dah meningkat lebih kepada ketuaan ni, ada kurenggg sikit la...yg seronok nyer anak² kita la la kan...:)
bg aku, cukup gembira, bila melihat anak² seronok tersenyum bila tiba waktu raya...sbb semua nak yang baru hehehe...
sempena di bulan yang baik ni, bulan Ramadhan, aku mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan walaupun tangan kita tidak dapat berjabat, namun jauh disudut hati utk memohon kemaafan jika selama ini pernah tersinggung hati dengan update status dalam fb ke dalam blog ni ke yang menyinggung hati sesiapa...percayalah tiada niat untuk menyinggung...aku hanya seorang manusia yang biasa, sebab itulah selalu melakukan kesilapan yang tak di duga...maafkan aku sahabat...:)



Elakkan Minum Air Pada 7 Waktu Ini

Assalamualikum dan selamat menunaikan ibadah puasa. Sedar tak sesar sudah 10 hari kita berada di bulan Ramadhan. Dalam bulan puasa ni, macam² la juadah yang kita ingini bila berbuka kan? Disamping kita menjamu selera, jangan pula lupa dengan apa yang kita makan, agar sentiasa menyihatkan tubuh badan...jom saya kongsi bersama sedikit ilmu yang saya petik dari sumber kat fb...


Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.



7 waktu yang saya maksudkan tu adalah:


1. Sebaik saja bangun tidur.
Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.


2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.

3. Selepas memakan buah-buahan.

4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika.

Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).


5. Sewaktu tengah makan.

Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.


6. Sebelum atau sesudah makan.

Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.

7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.

Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.

Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.


Selamat Mencuba!

Sumber:


fb/myberita

jom karoke dengan Tengku Adil


Aku,  bukanlah penggemar sangat drama² kt tv KALAU waktu malam...tapi jika jalan drama tersebut menarik minat aku untuk terus duduk depan tv...aku layan jugak hehehe ...hurmm ni lah salah satu drama yang aku suka time sekarang, ditayangkan di TV3 setiap Selasa jam 9.00 malam...
"BUKAN BIDADARI".

hurmmmm bukan setakat jalan ceritanya yang aku suka...tapi aku lebih suka bila dengar lagu yang di dendangkan oleh jejaka bernama Tengku Aidil hehehhe orgnya pun boleh tahan....opssss puji jer tak salah kan tak ruak pun :) ni  lah sang jejaka tu hehehhe ...

ni lirik lagu yang aku suka dengar tu :

Lirik Lagu Babak Cinta - Tengku Adil

Engkaulah cahaya dalam hidup yang penuh kegelapannya
Rasa kesakitan dalam dada menghilang pabila kau berada

Cintamu kepada aku tak pernah ku rasa sebegitu
Engkau meringankan hati ini, engkau menenangkan jiwa sepi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya

Kau tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi
Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat

Aku juga merasa ketakutan oh cinta
Percayakan pada kita oohhh...

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat
Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka

Layan video jom : http://www.youtube.com/watch?v=K0Rk2YbN_nM

Yang Halal itu Fardhu, Yang Lazat itu Perlu...

Yang Halal itu Fardhu, Yang Lazat itu Perlu...

Assalamualaikum wbt sahabat,
Semua org nak makan yg lazat², enak² kan? Tapi tak semua org mementingkan logo Halal, janji sedap sapu... bagi aku la..jika dekat makanan tu ada logo Halal walaupun bukan logo Halal Malaysia...aku makan .. sebab logo² Halal dari luar negara pun di iktiraf oleh kerajaan Malaysia...nak tahu loga apa, lihat link kat bawah ...



Selamat Menjalankan Ibadah Puasa



Menjelang Ramadhan,setiap insan pastinya akan mengunakan kesempatan ini dengan menyampaikan ucapan memohon maaf mahupun ucapan selamat menjalankan ibadah puasa.

  • Apabila dalam kata dan perbuatan terukir salah dan khilaf, yakni dengan segala kerendahan hati kecil ini ingin terucap mohon maaf setulus-tulusnya. Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan

  • Ya Allah, muliakan dan sayangilah saudaraku ini, bahagiakan keluarganya limpahkan rezekinya, kuatkan imannya. Berikanlah kenikmatan ibadahnya, jauhkan dari segala fitnah. Amin. 
  • “AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN”
Marhaban ya Ramadhan, pucuk selasih bertunas menjulang.Dahannya patah tolong betulkan, puasa Ramadhan kembali menjelang, salah dan khilaf mohon dimaafkan. Selamat Menunaikan Ibadah puasa bagi tahun1433

Mengharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami
Harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang sms ini
Sebelum cahaya padam, Sebelum hidup berakhir
Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang
saya mohon maaf zahir dan batin



Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAKWA dan TAUBAT lah UBATnya
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN,SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Kerana Gelap malamMU ku terjaga, keranaMU ku bergerak melangkah menuju mentariMU, kusambut pemberianMU , dengan harapan kudapat kerinduanMu
Selamat menunaikan Ibadah Puasa

Manusia tak pernah lari dari salah dan khilaf
Kerana manusia bukan makhluk yang sempurna
Di bulan yang suci ini mari kita bermaafan
Agar tiada dendam dan hasad dengki
Marhaban ya Ramadhan
Mohon maaf zahir batin

Perkataan yg indah adalah ALLAH
Lagu yg merdu adalah AZAN
Media yg terbaik adalah AL-QURAN
Senam yg sihat adalah SOLAT
Diet yg sempurna adalah PUASA
Kebersihan yg menyegarkan adalah WUDHU
Perjalanan yg indah adalah HAJI
Khayalan yg baik adalah ingat akan  DOSA dan TAUBAT
Mudah-mudahan di bulan yg suci ini hadir membawa iman dan takwa.AMIN

Parking EVO 10 merasa was-was
Tiada penjaga takut kecurian
Tidak puasa merasa was-was
Masuk neraka didera siksaan

Dahulunya ingin sekali ku memohon maaf padamu
Tapi dek kerana diriku terlalu malu ku pendamkan hasrat itu
Hari ini ku beranikan diri pinta sesuatu darimu
Menjelang puasa ku harap kau berikan maafmu

Setitik tinta jadi noda
setitik salah jadi dosa
Bulan penuh berkatsegera tiba
Mari tekun ibadah di bulan puasa
Marhaban ya Ramadan, sambutlah dengan senyuman

CINTA datang dan pergi tanpa di duga
KASIH SAYANG datangnya tanpa terasa
HATI berkata tanpa dusta
Datangnya bulan RAMADHAN adalah RAHMAT, marilah kita menyambut BULAN ini dengan CINTA dan KASIH SAYANG

Indah malam kerana bintang
Indah taman kerana bunga
Indah cinta kerana kasih sayang
Indah hidup kerana silaturahim
Oleh itu mari indahkan bulan Ramadhan dengan ibadahNYA