Elakkan Minum Air Pada 7 Waktu Ini

Assalamualikum dan selamat menunaikan ibadah puasa. Sedar tak sesar sudah 10 hari kita berada di bulan Ramadhan. Dalam bulan puasa ni, macam² la juadah yang kita ingini bila berbuka kan? Disamping kita menjamu selera, jangan pula lupa dengan apa yang kita makan, agar sentiasa menyihatkan tubuh badan...jom saya kongsi bersama sedikit ilmu yang saya petik dari sumber kat fb...


Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.



7 waktu yang saya maksudkan tu adalah:


1. Sebaik saja bangun tidur.
Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.


2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.

3. Selepas memakan buah-buahan.

4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika.

Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).


5. Sewaktu tengah makan.

Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.


6. Sebelum atau sesudah makan.

Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.

7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.

Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.

Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.


Selamat Mencuba!

Sumber:


fb/myberita

jom karoke dengan Tengku Adil


Aku,  bukanlah penggemar sangat drama² kt tv KALAU waktu malam...tapi jika jalan drama tersebut menarik minat aku untuk terus duduk depan tv...aku layan jugak hehehe ...hurmm ni lah salah satu drama yang aku suka time sekarang, ditayangkan di TV3 setiap Selasa jam 9.00 malam...
"BUKAN BIDADARI".

hurmmmm bukan setakat jalan ceritanya yang aku suka...tapi aku lebih suka bila dengar lagu yang di dendangkan oleh jejaka bernama Tengku Aidil hehehhe orgnya pun boleh tahan....opssss puji jer tak salah kan tak ruak pun :) ni  lah sang jejaka tu hehehhe ...

ni lirik lagu yang aku suka dengar tu :

Lirik Lagu Babak Cinta - Tengku Adil

Engkaulah cahaya dalam hidup yang penuh kegelapannya
Rasa kesakitan dalam dada menghilang pabila kau berada

Cintamu kepada aku tak pernah ku rasa sebegitu
Engkau meringankan hati ini, engkau menenangkan jiwa sepi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya

Kau tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi
Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat

Aku juga merasa ketakutan oh cinta
Percayakan pada kita oohhh...

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat
Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka

Layan video jom : http://www.youtube.com/watch?v=K0Rk2YbN_nM

Yang Halal itu Fardhu, Yang Lazat itu Perlu...

Yang Halal itu Fardhu, Yang Lazat itu Perlu...

Assalamualaikum wbt sahabat,
Semua org nak makan yg lazat², enak² kan? Tapi tak semua org mementingkan logo Halal, janji sedap sapu... bagi aku la..jika dekat makanan tu ada logo Halal walaupun bukan logo Halal Malaysia...aku makan .. sebab logo² Halal dari luar negara pun di iktiraf oleh kerajaan Malaysia...nak tahu loga apa, lihat link kat bawah ...



Selamat Menjalankan Ibadah Puasa



Menjelang Ramadhan,setiap insan pastinya akan mengunakan kesempatan ini dengan menyampaikan ucapan memohon maaf mahupun ucapan selamat menjalankan ibadah puasa.

  • Apabila dalam kata dan perbuatan terukir salah dan khilaf, yakni dengan segala kerendahan hati kecil ini ingin terucap mohon maaf setulus-tulusnya. Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan

  • Ya Allah, muliakan dan sayangilah saudaraku ini, bahagiakan keluarganya limpahkan rezekinya, kuatkan imannya. Berikanlah kenikmatan ibadahnya, jauhkan dari segala fitnah. Amin. 
  • “AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN”
Marhaban ya Ramadhan, pucuk selasih bertunas menjulang.Dahannya patah tolong betulkan, puasa Ramadhan kembali menjelang, salah dan khilaf mohon dimaafkan. Selamat Menunaikan Ibadah puasa bagi tahun1433

Mengharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami
Harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang sms ini
Sebelum cahaya padam, Sebelum hidup berakhir
Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang
saya mohon maaf zahir dan batin



Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAKWA dan TAUBAT lah UBATnya
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN,SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Kerana Gelap malamMU ku terjaga, keranaMU ku bergerak melangkah menuju mentariMU, kusambut pemberianMU , dengan harapan kudapat kerinduanMu
Selamat menunaikan Ibadah Puasa

Manusia tak pernah lari dari salah dan khilaf
Kerana manusia bukan makhluk yang sempurna
Di bulan yang suci ini mari kita bermaafan
Agar tiada dendam dan hasad dengki
Marhaban ya Ramadhan
Mohon maaf zahir batin

Perkataan yg indah adalah ALLAH
Lagu yg merdu adalah AZAN
Media yg terbaik adalah AL-QURAN
Senam yg sihat adalah SOLAT
Diet yg sempurna adalah PUASA
Kebersihan yg menyegarkan adalah WUDHU
Perjalanan yg indah adalah HAJI
Khayalan yg baik adalah ingat akan  DOSA dan TAUBAT
Mudah-mudahan di bulan yg suci ini hadir membawa iman dan takwa.AMIN

Parking EVO 10 merasa was-was
Tiada penjaga takut kecurian
Tidak puasa merasa was-was
Masuk neraka didera siksaan

Dahulunya ingin sekali ku memohon maaf padamu
Tapi dek kerana diriku terlalu malu ku pendamkan hasrat itu
Hari ini ku beranikan diri pinta sesuatu darimu
Menjelang puasa ku harap kau berikan maafmu

Setitik tinta jadi noda
setitik salah jadi dosa
Bulan penuh berkatsegera tiba
Mari tekun ibadah di bulan puasa
Marhaban ya Ramadan, sambutlah dengan senyuman

CINTA datang dan pergi tanpa di duga
KASIH SAYANG datangnya tanpa terasa
HATI berkata tanpa dusta
Datangnya bulan RAMADHAN adalah RAHMAT, marilah kita menyambut BULAN ini dengan CINTA dan KASIH SAYANG

Indah malam kerana bintang
Indah taman kerana bunga
Indah cinta kerana kasih sayang
Indah hidup kerana silaturahim
Oleh itu mari indahkan bulan Ramadhan dengan ibadahNYA



kebosanan melanda jiwa ragaku

tak tahu nak buat apa...tahap keboringan aku ke peringkat jingga huh! dah la sehari lagi nak sambut Ramadhan....mood aku pulak entah mcm apa dah sekarang...jangan² aku tak dapat nak sambut Ramadhan kot...:( hukhukhukk sedih nyer.........

Jadual Berbuka untuk Sarawak 2012

http://www.muftinegeri.sarawak.gov.my/modules/web/index.php

Selamat Berbuka Puasa :)

myMetro | Usah keliru kod E makanan


KUALA LUMPUR: Pengguna dinasihatkan
tidak percaya dengan khabar angin yang mendakwa semua produk makanan yang menggunakan bahan bermula dengan kod E adalah tidak halal.
Ini kerana setiap kod bahan makanan yang bermula dengan E mewakili bahan tertentu dan sudah diklasifikasikan kepada kategori masing-masing iaitu pewarna, perasa dan pengemulsi.

Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha (gambar) berkata, kod yang sering menimbulkan keraguan kepada pengguna adalah E471 dan E110 kerana didakwa mengandungi bahan meragukan serta tidak halal.
Katanya, bahan yang terbabit dalam kod berkenaan ada dua sumber iaitu lelemak haiwan dan tumbuhan, yang menimbulkan keraguan kepada pengguna.

“Sebagai contoh, bahan makanan yang bermula dengan kod E471 daripada kategori pengemulsi sering menjadi kontroversi kerana di luar negara sumber E471 datang daripada lelemak haiwan dan berkemungkinan lemak babi. Tetapi, di negara ini, lelemak tumbuhan digunakan untuk bahan E471 iaitu daripada kelapa sawit,” katanya.

Katanya, penggunaan lelemak tumbuhan tidak perlu diragui kerana ia pasti halal dan kebanyakan produk menerima pengesahan daripada Jakim dan agensi halal yang diiktiraf. Bagi produk yang tidak mempunyai logo halal, boleh merujuk kepada sumber bahan itu sama ada berasaskan tumbuhan atau haiwan kerana ia tertera di setiap label produk. Selain itu, bagi bahan kod E100 hingga E173, Jakim telah mengklasifikasikan sebagai bahan pewarna, sama ada sumber semula jadi atau tiruan yang tiada kena mengena dengan penggunaan lemak atau minyak.
Othman berkata, pengguna perlu bijak menilai setiap maklumat dan merujuk kepada Jakim atau pihak yang berkenaan supaya tidak timbul salah faham di kalangan pengguna terhadap kandungan sesuatu produk makanan.

Katanya, pengguna boleh merujuk kepada laman sesawang Halal Jakim, www.halaljakim.gov.my dan Halal Malaysia www.halal.gov.my untuk mendapatkan keterangan lanjut atau mempunyai keraguan mengenai status halal sesuatu produk.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/04/30


baca : http://melakahalalhub.weebly.com/uploads/5/5/6/1/5561940/makanan_ber_kod-e_halal_...pdf 



والله أعلم بالصواب

Selamat Datang Ya Ramadhan


HUKUM MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN


Fatwa Asy-Syeikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah:

رمضان شهر عظيم ، شهر مبارك يفرح به المسلمون، وكان النبي -صلى الله عليه وسلم- وأصحابه يفرحون به ، كان النبي -صلى الله عليه وسلم- يبشر أصحابه بذلك ، فإذا فرح به المسلمون واستبشروا به ، وهنأ بعضهم بعضاً بذلك فلا حرج في ذلك كما فعله السلف الصالح؛ لأنه شهر عظيم ومبارك يفرح به ، لما فيه من تكفير السيئات، وحط الخطايا والمسابقة إلى الخيرات، في أعمال صالحة أخرى

Maksudnya: "Ramadhan merupakan bulan yang agung. Bulan penuh berkat yang dengannya kaum muslimin bergembira. Dan adalah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabatnya radiallahu'anhum bergembira dengan kedatangannya. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam memberikan khabar gembira kepada para sahabatnya tentang demikian (kedatangan Ramadhan). Maka apabila kaum muslimin bergembira dengan kedatangan Ramadhan, dan memberikan khabar gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan, di sana satu sama lain saling berbuat demikian, maka tidaklah mengapa yang demikian itu, sebagaimana yang dilakukan oleh para salafus soleh; kerana ianya bulan yang agung, penuh berkat, dan mereka bergembira dengannya kerana padanya terdapat penghapusan kesalahan, pengampunan dosa, dan perlumbaan untuk mengumpulkan kebaikan amalan soleh."

Fatwa Asy-Syeikh Sholeh Al-Fauzan hafizahullah:



Beliau ditanya: Menjelangnya bulan Ramadhan kita mendengar banyak dikalangan manusia yang mengucapkan tahniah ke atas sebahagian mereka. Sebagai contoh mengucapkan “Tahniah ke atasmu bulan Ramadhan.” Adakah perbuatan ini terdapat dalam syari’at?


Beliau hafizahullah menjawab:


التهنئة بدخول شهر رمضان لا بأس بها؛ لأن النبي صلى الله عليه وسلم كان يبشر أصحابه بقدوم شهر رمضان ويحثهم على الاجتهاد فيه بالأعمال الصالحة وقد قال الله تعالى‏‏: ‏( ‏قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ ) ‏[‏يونس‏‏ : 58‏]‏ فالتهنئة بهذا الشهر والفرح بقدومه يدلان على الرغبة في الخير، وقد كان السلف يبشر بعضهم بعضًا بقدوم شهر رمضان اقتداء بالنبي صلى الله عليه وسلم؛ كما جاء ذلك في حديث سلمان الطويل الذي فيه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: « ‏أيها الناس‏‏ قد أظلكم شهر عظيم مبارك ... » إلى آخر الحديث.‏
Maksudnya: "Mengucapkan tahniah dengan ketibaan bulan Ramadhan tidak mengapa kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dahulu menyampaikan berita gembira kepada para sahabatnya akan kedatangan bulan Ramadhan dan memberikan semangat kepada mereka agar bersungguh-sungguh dalam melakukan amal soleh. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan." (Yunus: 58)

Maka ucapan tahniah dan kegembiraan dengan datangnya bulan Ramadhan menunjukkan semangat yang besar terhadap kebaikan. Sesungguhnya para salafus soleh mengucapkan kegembiraan antara satu sama lain dengan kedatangan bulan Ramadhan dalam rangka mencontohi Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Sebagaimana yang demikian terdapat hadis Salman yang panjang, di dalamnya bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

« ‏أيها الناس‏‏ قد أظلكم شهر عظيم مبارك … »

"Wahai umat manusia, telah datang kepada kamu bulan agung yang penuh keberkatan …"