Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Daerah Samarahan



Assalamualaikum sahabat,

Sebelum mengUPLOAD gambar² semua, saya terlebih dahulu memohon maaf kerana agak terlewat dan menyebabkan anda yang tertunggu-tunggu gambar² semasa berlangsungnya Majlis Khatam ni...

Terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Sarawak kerana telah menganjurkan Majlis yang begitu besar begini... seingat saya la...ni lah kali pertama anak saya mengikuti Majlis Khatam yang begitu ramai peserta...kalau tak silap dalam 800 orang yang telah dihadiri daripada 42 sekolah rendah... masing² menghantar wakil² nya yang tergolong daripada anak² tahun 6 2012. Seronok juga dapat jemputan sebegini. Semoga tahun² yang akan datang pun masih lagi ada aktiviti seperti ini dianjurkan...

Semasa dalam Majlis ini, bukan saja seronok melihat anak² yang begitu ramai Khatam, juga begitu seronok kerana dapat bertemu dan bermesra serta bersuaikenal dengan ibu² yang hadir...

Jom la kita layan gambar² ni...byk juga coloteh heheheh :)











hurm...ni saja yang nak dicerita...nanti kite jumpa lagi lah yer...ta ta :)
dah penat nie...

Salam Maal-Hijrah



Salam Maal-Hijrah untuk sahabat semua...



Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram
Amalan-amalan yang digalakkkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah sehingga 1 Muharram adalah: 

BERPUASA PADA HARI TERAKHIR ZULHIJJAH.
Abu Hurairah berkata , Rasulullah SAW telah bersabda: " Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharram dan seutama-utama solsat sesudah solat fardhu ialah
 solat malam." (Sahih Muslim) 


BERPUASA JUGA PADA HARI BERIKUTNYA IAITU HARI PERTAMA MUHARRAM
Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang berpuasa pada akhir Zulhijjah dan awal Muharram, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya." (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)

MEMBACA DOA AKHIR TAHUN SEBELUM WAKTU MAGHRIB. 
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata : "Sia-sia kami sepanjang tahun ini kerana dia telah musnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja."





MEMBACA DOA AWAL TAHUN SELEPAS SOLAT MAGHRIB ATAU PADA MALAMNYA
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata : "Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan."

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharram, Allah mewakili dua malaikat memeliharanya pada tahun itu/" (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)






QIAMULLAIL :
* Bersolat sunat - Solat Tahajjud, Solat Hajat, Solat Taubat
* Membaca Al-Quran
* Berzikir

SELEPAS SOLAT FARDHU SUBUH PADA 1 MUHARRAM, bacalah gabungan "Bismillahirahmanirrahim" dan "Ayat Kursi" sebanyak 360 kali.

Sesiapa yang mengamalkannya, InsyaAllah akan diberi keselamatan dan terpelihara dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki.

DOA AWAL MUHARRAM.
Membaca doa awal tahun yang bersesuaian sebanyak 3 kali, Contohnya seperti doa berikut :

Doa Pertama :


Doa Kedua :






Semoga kita sama-sama akan mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya
 dengan keikhlasan amalan yang dilakukan seperti di atas...

Wallahu A'lam bishowab....








Majlis Khatam Al-Quran




Assalamualaikum…
Berjumpa lagi kita minggu ni yeaa..
Kira rajin sikit la nak menaip ni, bukan pasal apa, nak upload gambar² yang saya ambil semalam… anak² tak sabar nak menengok nyer hehehe…

Ni bukanlah khatam yang pertama kali untuk anak sulongku Fatin ni, tapi khatam untuk kali yang ke-2, tapi khatam yang pertama tak lah semeriah khatam kat sekolah ni. Aku bersyukur sangat sebab sekolah ada menganjurkan Majlis Khatam beramai-ramai ni dengan meriahnya..

Sebelum tu, tahniah saya ucapkan kepada guru-guru SK Dato Mohd Musa, kerana telah menjayakan Majlis Khatam Al-Quran untuk murid-murid Tahun 6 semalam, 5 November 2012 yang bertempat di Masjid Kampung Sindang. Terima Kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak Masjid, ibu bapa, serta murid-murid yang terlibat secara langsung ataupun hanya sebagai penonton rakan-rakan yang terlibat…insyaAllah tahun-tahun yang akan datang, merekalah yang akan khatam.

Majlis bermula seawal jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Semoga di tahun-tahun yang akan datang lebih meriah lagi murid-murid yang menyertai Majlis Khatam seperti ini.

InsyaAllah ada di kalangan murid-murid yang telah khatam semalam, telah dipilih untuk menyertai Majlis Khatam Peringkat Daerah yang berlangsung pada 8hb November 2012, bertempat di Masjid Bahagian, Samarahan…Tahniah untuk peserta yang terlibat…


Dah dah.. byk jugak yg ku taip, patut la terasa penat semacam..jomla kita sama-sama layan gambar² semalam, maaflah kerna gambar ni bukan aku tanggap guna camera mahal…sbb tu tak cantik dan tak comel hehhe aku just guna camera talipon jer, itu pun hanya 2MP hahahha tapi tak per la…janji layan gambar kan….hihihihi

suke purple...

pulut kuning dan bunga telur, aku buat simple je.. 

bungkusan telur purple dan pulut kuning , bakul pun purple

purple + putih
sempat lagi posing sebelum majlis bermula

suke posing, like mother la hahhaa

barisan peserta khatam sedang mendengar keterangan Ustaz

para penonton dan ibu bapa

peserta sedang khusyuk membaca surah

bacaan khatam sudah selesai

kumpulan Tahtim SKDMM

Majlis Penyampaian saguhati untuk peserta Khatam

Selesai Majlis, menunggu pembahagian bunga telur dari guru

sempat lagi nih, posing

Tersenyum dah,, selesai...



untuk khatam Al-Quran anak ke-2 ku... nasi pulut kuning dan rendang ayam...hari tu utk si along bunga telur wana  purple...sekarang pink hihihi semua ikut citarasa mak die lah ni hehehe...







Alhamdulillah syukur kita dpt berjumpa lagi.... selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran untuk anak bujang ku Iman Nur Hakim... so mcm biasa mak nye mendeko lah sikit maklum lama lagi kot untuk si adik yg ke 4 tu sbb baru nak masuk tahun 1 next year hehe... tema kehijauan memang sengaja mak die pilih hehehe....




dalam pasu tu mak die letak pulut kuning...pas tu alas la dengan daun pisang....atas daun pisang plak mak die letak ayam masak kecek...so tutup lagi dengan daun pisang pastu barulah cocok bunga telur dan bunga hiasan atas tu hehe... pasu tu mak die lekat² la sikit apa yg dapat diguna kat umah tu...dengan kain renda untuk bakul untuk nampak elok sikit la hehehe...