C.I.N.T.A



Assalammualaikum sahabat blogger..

Rasanya memang agak lama aku tidak memunculkan diri dalam blog yang tak berapa nak cun ni yer tak? Rindu? Memanglah..bukan aku tak sudi nak bercoretan dalam blogger  ni tapi masa aku huhh! YB dan Mak Datin pun boleh kalah ngengengeee~ hurm...betul tak caye?? Tak pe...simpan dlm hati  je yer :)

Ye..mmg aku curi² masa nk berblogger ni hihiihi tak tahu pulak apa nak aku cerita yer...hurmm… haaa..tapi aku memang teruja nak bercrita pasal cinta... Bab² crita love nie mg aku suke hehehe… ko ader?? :D

CINTA a.k.a LOVE

Cinta tak terungkap oleh kata-kata
Cinta pastinya menuntut pengorbanan
Cinta sendinya keikhlasan
Cinta mengajar erti kesabaran
Cinta mendidik untuk berusaha
Cinta melatih diri menjadi kental dan tabah
Cinta mengajar untuk memberi dan menerima
Cinta adalah anugerah Allah kepada manusia

Bila disebut saja perkataan cinta ataupun percintaan, pastinya semua sudah pun terbayang suasana yang indah, gembira, riang dan sewaktu dengannya hehehe siapa yang tidak suka dilamun cinta? Bohonglah kalau ada yang kata dia tidak pernah dilamun cinta..tak kesah lah samada cintanya terbalas atau cinta yang hanya di dalam hati tapi tak terluah...cinta terpendam katakan hehehhe ada yang terasa ke??? Aku lah tu hohohoho (cinta monyet kot).

Sekalipun seseorang itu memang tidak pernah langsung bercinta sesama manusia, paling tidak pun rasa cinta kepada Allah itu memang ada kan? Malah memang wajib lah kita menanam cinta kita kepada Pemberi Cinta, iaitu Allah s.w.t. Cinta kepada hidupan selaian dr manusia pun, boleh dikatakan cinta...cintakan binatang ke, tumbuhan ke, namun rasa cinta itu tidak boleh melebihi rasa cinta dan sayang kita kepada Allah dan Rasul-Nya. Kita harus pandai menyusun keutamaan cinta, yang mana satu cinta yang kita utamakan, kedua, ketiga dan seterusnya... 

Masa bercinta semuanya memang indah umpama "Makan tak kenyang, Mandi tak basah" atau… pepatah omputeh berkata " You jump, I jump" hehehe (iyer ke) nasib aku tak  bercinta begitu syukur alhamdulillah...cinta masih berlandaskan fikiran bukan hawa nafsu hermm…

Apa yang menarik tentang percintaan ini, seakan-akan ada satu kuasa atau kekuatan luar biasa yang timbul apabila seseorang berada dalam keadaan bercinta. Kekuatan itu membuatkan si pencinta sedaya upaya berusaha sehinggalah apa yang dicita berada dalam gengaman. Mereka sentiasa konsisten dalam mencapai matlamat dan tujuan atau istiqamah.
Cinta hanya satu kata, namun seluruh hidup bernadikan degupnya. Wujudnya kita di dunia ini adalah kerana cinta dan kasih sayang Allah s.w.t.  Getaran cinta sangat kuat dan boleh memberi kesan yang amat besar kepada diri seseorang.

Kita boleh lihat la sekeliling kita, lihat lihat la ada tak hehehe… gelagat orang yang bercinta. Apabila seseorang itu dilamun cinta pastinya mudah tersenyum, ceria, kerap menghantar  SMS dan menelefon untuk mendengar suara bagi menyatakan rasa "sukanya pada awak, rindu kepadamu, kaulah cintaku" dan macam² lah lagi ayat²  power orang yang sedang dilamun cinta...hehehe lain la mcm zaman aku dulu² dlm 19-20 tahun yang lepas...hohoho lamenye… kan masa tu tak der guna hp, so kena guna surat la...kalau ade duit lebih sikit guna telefon awam hehehe … dalam surat tu siap kena tulis "aku tak mampu hidup tanpamu", "setiap detik adalah nadimu"...arghh macam² la lagi, aku dh tak ingat la hahahha...siap simpan bedak lagi tu … kekekekeke... Ko ader??? Tak der kan hehehehe :) best ape… dlm sms mana leh letak bedak kan? tak der wangi² la hehehe...aku plak yang KLMJ, tau ape KLMJ? "Kenangan Lalu Mengusik Jiwa" hihihiihi :D >>> OH NO! (anak ku adam yang salu kata)

Mencintai yang berhak, itu lebih afdal. Mencintai yang lain, itu sampingan. Usah nafikan kehadiran cinta, itu dusta! Usah membuang rasa cinta, itu bongkak! Buktikan cinta kita kepada-Nya. Lorongkan diri atas jalan-Nya, jauhkan diri daripada persimpangan kemurkaan-Nya. Basahkan lidah dengan kalimah-kalimah suci-Nya, tawadukkan hati dengan nikmat kurniaan-Nya. Hayatilah kasih Allah kepada kita dalam setiap saat hembusan nafas kita, kelak kita tidak akan alpa dalam mencari cinta Allah.

Sama² kita bermuhasabah diri...
Jangan takut kehilangan cinta dari manusia, tetapi takut jika kehilangan cinta Allah. Kita bertuah bukanlah kerana dapat menjadi kekasih seseorang, tetapi beruntung jika dapat menjadi kekasih Allah. Cinta dan kasih sayang Allah kepada semua makhluk ciptaanNya tidak berbelah bagi.





Mencintalah kerana-Nya kerana-Nya yang mengekalkan cinta.



Subhanallah…
Allahuakhbar….


drpd sumber yg  diubah suai...
drpd sumber pengalaman ku...