Hargai Kasih Sayang Seorang Ibu



untuk mak ku, Allahyarhamah Bonda Sauyah, walaupun kau telah tiada lagi di sisiku namun kehangatan cinta dan kasih sayangmu tetap bersemadi bersama dengan nadi kehidupanku...aku rindu mak ... (alamak..mood sedih nyer :( tk terkawal dh...)semenjak mak aku dah meninggal, aku tk bleh dh nk dgr lagu budak mamat tu..lagu ibu tu,  mesti menangis punya... :( 

untuk mak kandungku Bonda Raemah, terima kasih kerana telah melahirkan ku ke dunia ini, tanpamu mak, siapalah aku...terima kasih tak terhingga.. kasih sayang yang telah mak berikan telah menghapuskan segala dukaku.. sayang mak ...  (ishh ni pun aku sedih)

Hargailah mak kita selagi dia masih hidup bersama kita...aku kehilangan seorang mak, tapi masih beruntung kerana masih diberi kesempatan untuk mencurah kasih sayang untuk seorang lagi mak...walaupun aku tidak dapat memberi kemewahan, cukuplah sekadar memberi kasih dan sayang..aku sayang mak aku walaupun tak terungkap dengan kata-kata......

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak

Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

"Jika kamu menyayangi ibumu, "share sharelah" kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu



Apa ada pada nama....... ada memang sungguh bermakna

fuhhh fuhhh ishh byk jugak debu debu kat "umah" aku ni ye...owhh sori tak teringat plak nak mencuci sejak dua menjak ni hihihihi tu la kuat debu...nasib ler ko "umah" hehehe :D

Assalammualaikum sahabat cinta hatiku :) Apa kabar??? 


Ohh ye..sblum tu terima kasihlah kepada sesiapa yang sudi singgah kat sini..nasib ler ada orang yang sudi-sudi menjengok "rumah kosong" ni yer dak... :) .. sbb harapkan tuan rumah nih...hurmm hampehhhhh :D ni pun die tgh boring-boring sbb tu sempat nak jenguk... walaupun sekejap tapi atlest...org akan tahu.."rumah" ini masih lagi berpenghuni... yer dak.. :D

Sbnarnya bukan ape aku terfikir nak bersihkan "rumah kosong" ni..sejak dr bulan Januari sehinggalah April 2013 sekarang ni, aku banyak menerima kedatangan cucu cucu baruku... ada yang lelaki ada yang pompuan... color tak yah cite la..mcm mcm upe hehehe.. walau apa pun rupe namun.. ciptaan Allah tetap comel dan cute kan?? :) syukur.. dh byk kali aku bergelar nenek...nenek mude hikhikhik...(mude la sangat) ha ha jeles le tu :)

dan...bila ada kelahiran cucu cucu baru ku yang comey lote.. mula lah telefon ku sering berdering dengan caling caling...tak pun dengan sms..siap sedia suruh aku mencari nama yang bersesuaian untuk cucu cucu baru aku tu...almaklum la nenek meke ni kan senang nak "google" nama dan maksud nye sekali..:) apa lagi mmg pun aku suke sangat diberi kepercayaan untuk memberi nama yang comel comel untuk cucu cucu ku :)

so apa lagi...kalau nak senang aku google ler hihihi janji nama tu comel..dan wajib ada maksud nya yang baik baik aje :)

ni aku kongsikan sedikit tentang Maksud Huruf Pertama dalam nama kita :)



Huruf Pertama

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan. 


A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.


B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh. 



comel tak "kak ton"


D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.


O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman. 

P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak. (hehehe nama lah taun naga) nama aku lah ni bermula dr S..tu yg kena bold heehe :D


"ommeyy anggattt"


T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.


V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.


W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

kalau nak cari nama nama yang comel...meh klik sini..senang sikit :



ok la tu aje yang nak aku kongsikan untuk kali ni...entah bila lagi la nak bersihkan "umah" ni yer dak :D

bai bai bai...hehehe mcm cite cartoon plak bunyi nye..

C.I.N.T.A



Assalammualaikum sahabat blogger..

Rasanya memang agak lama aku tidak memunculkan diri dalam blog yang tak berapa nak cun ni yer tak? Rindu? Memanglah..bukan aku tak sudi nak bercoretan dalam blogger  ni tapi masa aku huhh! YB dan Mak Datin pun boleh kalah ngengengeee~ hurm...betul tak caye?? Tak pe...simpan dlm hati  je yer :)

Ye..mmg aku curi² masa nk berblogger ni hihiihi tak tahu pulak apa nak aku cerita yer...hurmm… haaa..tapi aku memang teruja nak bercrita pasal cinta... Bab² crita love nie mg aku suke hehehe… ko ader?? :D

CINTA a.k.a LOVE

Cinta tak terungkap oleh kata-kata
Cinta pastinya menuntut pengorbanan
Cinta sendinya keikhlasan
Cinta mengajar erti kesabaran
Cinta mendidik untuk berusaha
Cinta melatih diri menjadi kental dan tabah
Cinta mengajar untuk memberi dan menerima
Cinta adalah anugerah Allah kepada manusia

Bila disebut saja perkataan cinta ataupun percintaan, pastinya semua sudah pun terbayang suasana yang indah, gembira, riang dan sewaktu dengannya hehehe siapa yang tidak suka dilamun cinta? Bohonglah kalau ada yang kata dia tidak pernah dilamun cinta..tak kesah lah samada cintanya terbalas atau cinta yang hanya di dalam hati tapi tak terluah...cinta terpendam katakan hehehhe ada yang terasa ke??? Aku lah tu hohohoho (cinta monyet kot).

Sekalipun seseorang itu memang tidak pernah langsung bercinta sesama manusia, paling tidak pun rasa cinta kepada Allah itu memang ada kan? Malah memang wajib lah kita menanam cinta kita kepada Pemberi Cinta, iaitu Allah s.w.t. Cinta kepada hidupan selaian dr manusia pun, boleh dikatakan cinta...cintakan binatang ke, tumbuhan ke, namun rasa cinta itu tidak boleh melebihi rasa cinta dan sayang kita kepada Allah dan Rasul-Nya. Kita harus pandai menyusun keutamaan cinta, yang mana satu cinta yang kita utamakan, kedua, ketiga dan seterusnya... 

Masa bercinta semuanya memang indah umpama "Makan tak kenyang, Mandi tak basah" atau… pepatah omputeh berkata " You jump, I jump" hehehe (iyer ke) nasib aku tak  bercinta begitu syukur alhamdulillah...cinta masih berlandaskan fikiran bukan hawa nafsu hermm…

Apa yang menarik tentang percintaan ini, seakan-akan ada satu kuasa atau kekuatan luar biasa yang timbul apabila seseorang berada dalam keadaan bercinta. Kekuatan itu membuatkan si pencinta sedaya upaya berusaha sehinggalah apa yang dicita berada dalam gengaman. Mereka sentiasa konsisten dalam mencapai matlamat dan tujuan atau istiqamah.
Cinta hanya satu kata, namun seluruh hidup bernadikan degupnya. Wujudnya kita di dunia ini adalah kerana cinta dan kasih sayang Allah s.w.t.  Getaran cinta sangat kuat dan boleh memberi kesan yang amat besar kepada diri seseorang.

Kita boleh lihat la sekeliling kita, lihat lihat la ada tak hehehe… gelagat orang yang bercinta. Apabila seseorang itu dilamun cinta pastinya mudah tersenyum, ceria, kerap menghantar  SMS dan menelefon untuk mendengar suara bagi menyatakan rasa "sukanya pada awak, rindu kepadamu, kaulah cintaku" dan macam² lah lagi ayat²  power orang yang sedang dilamun cinta...hehehe lain la mcm zaman aku dulu² dlm 19-20 tahun yang lepas...hohoho lamenye… kan masa tu tak der guna hp, so kena guna surat la...kalau ade duit lebih sikit guna telefon awam hehehe … dalam surat tu siap kena tulis "aku tak mampu hidup tanpamu", "setiap detik adalah nadimu"...arghh macam² la lagi, aku dh tak ingat la hahahha...siap simpan bedak lagi tu … kekekekeke... Ko ader??? Tak der kan hehehehe :) best ape… dlm sms mana leh letak bedak kan? tak der wangi² la hehehe...aku plak yang KLMJ, tau ape KLMJ? "Kenangan Lalu Mengusik Jiwa" hihihiihi :D >>> OH NO! (anak ku adam yang salu kata)

Mencintai yang berhak, itu lebih afdal. Mencintai yang lain, itu sampingan. Usah nafikan kehadiran cinta, itu dusta! Usah membuang rasa cinta, itu bongkak! Buktikan cinta kita kepada-Nya. Lorongkan diri atas jalan-Nya, jauhkan diri daripada persimpangan kemurkaan-Nya. Basahkan lidah dengan kalimah-kalimah suci-Nya, tawadukkan hati dengan nikmat kurniaan-Nya. Hayatilah kasih Allah kepada kita dalam setiap saat hembusan nafas kita, kelak kita tidak akan alpa dalam mencari cinta Allah.

Sama² kita bermuhasabah diri...
Jangan takut kehilangan cinta dari manusia, tetapi takut jika kehilangan cinta Allah. Kita bertuah bukanlah kerana dapat menjadi kekasih seseorang, tetapi beruntung jika dapat menjadi kekasih Allah. Cinta dan kasih sayang Allah kepada semua makhluk ciptaanNya tidak berbelah bagi.





Mencintalah kerana-Nya kerana-Nya yang mengekalkan cinta.



Subhanallah…
Allahuakhbar….


drpd sumber yg  diubah suai...
drpd sumber pengalaman ku...