Majlis Khatam Al-Quran




Assalamualaikum…
Berjumpa lagi kita minggu ni yeaa..
Kira rajin sikit la nak menaip ni, bukan pasal apa, nak upload gambar² yang saya ambil semalam… anak² tak sabar nak menengok nyer hehehe…

Ni bukanlah khatam yang pertama kali untuk anak sulongku Fatin ni, tapi khatam untuk kali yang ke-2, tapi khatam yang pertama tak lah semeriah khatam kat sekolah ni. Aku bersyukur sangat sebab sekolah ada menganjurkan Majlis Khatam beramai-ramai ni dengan meriahnya..

Sebelum tu, tahniah saya ucapkan kepada guru-guru SK Dato Mohd Musa, kerana telah menjayakan Majlis Khatam Al-Quran untuk murid-murid Tahun 6 semalam, 5 November 2012 yang bertempat di Masjid Kampung Sindang. Terima Kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak Masjid, ibu bapa, serta murid-murid yang terlibat secara langsung ataupun hanya sebagai penonton rakan-rakan yang terlibat…insyaAllah tahun-tahun yang akan datang, merekalah yang akan khatam.

Majlis bermula seawal jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Semoga di tahun-tahun yang akan datang lebih meriah lagi murid-murid yang menyertai Majlis Khatam seperti ini.

InsyaAllah ada di kalangan murid-murid yang telah khatam semalam, telah dipilih untuk menyertai Majlis Khatam Peringkat Daerah yang berlangsung pada 8hb November 2012, bertempat di Masjid Bahagian, Samarahan…Tahniah untuk peserta yang terlibat…


Dah dah.. byk jugak yg ku taip, patut la terasa penat semacam..jomla kita sama-sama layan gambar² semalam, maaflah kerna gambar ni bukan aku tanggap guna camera mahal…sbb tu tak cantik dan tak comel hehhe aku just guna camera talipon jer, itu pun hanya 2MP hahahha tapi tak per la…janji layan gambar kan….hihihihi

suke purple...

pulut kuning dan bunga telur, aku buat simple je.. 

bungkusan telur purple dan pulut kuning , bakul pun purple

purple + putih
sempat lagi posing sebelum majlis bermula

suke posing, like mother la hahhaa

barisan peserta khatam sedang mendengar keterangan Ustaz

para penonton dan ibu bapa

peserta sedang khusyuk membaca surah

bacaan khatam sudah selesai

kumpulan Tahtim SKDMM

Majlis Penyampaian saguhati untuk peserta Khatam

Selesai Majlis, menunggu pembahagian bunga telur dari guru

sempat lagi nih, posing

Tersenyum dah,, selesai...



untuk khatam Al-Quran anak ke-2 ku... nasi pulut kuning dan rendang ayam...hari tu utk si along bunga telur wana  purple...sekarang pink hihihi semua ikut citarasa mak die lah ni hehehe...







Alhamdulillah syukur kita dpt berjumpa lagi.... selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran untuk anak bujang ku Iman Nur Hakim... so mcm biasa mak nye mendeko lah sikit maklum lama lagi kot untuk si adik yg ke 4 tu sbb baru nak masuk tahun 1 next year hehe... tema kehijauan memang sengaja mak die pilih hehehe....




dalam pasu tu mak die letak pulut kuning...pas tu alas la dengan daun pisang....atas daun pisang plak mak die letak ayam masak kecek...so tutup lagi dengan daun pisang pastu barulah cocok bunga telur dan bunga hiasan atas tu hehe... pasu tu mak die lekat² la sikit apa yg dapat diguna kat umah tu...dengan kain renda untuk bakul untuk nampak elok sikit la hehehe...




No comments: