Salam Maal-Hijrah



Salam Maal-Hijrah untuk sahabat semua...



Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram
Amalan-amalan yang digalakkkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah sehingga 1 Muharram adalah: 

BERPUASA PADA HARI TERAKHIR ZULHIJJAH.
Abu Hurairah berkata , Rasulullah SAW telah bersabda: " Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharram dan seutama-utama solsat sesudah solat fardhu ialah
 solat malam." (Sahih Muslim) 


BERPUASA JUGA PADA HARI BERIKUTNYA IAITU HARI PERTAMA MUHARRAM
Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang berpuasa pada akhir Zulhijjah dan awal Muharram, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya." (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)

MEMBACA DOA AKHIR TAHUN SEBELUM WAKTU MAGHRIB. 
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata : "Sia-sia kami sepanjang tahun ini kerana dia telah musnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja."





MEMBACA DOA AWAL TAHUN SELEPAS SOLAT MAGHRIB ATAU PADA MALAMNYA
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata : "Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan."

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharram, Allah mewakili dua malaikat memeliharanya pada tahun itu/" (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)






QIAMULLAIL :
* Bersolat sunat - Solat Tahajjud, Solat Hajat, Solat Taubat
* Membaca Al-Quran
* Berzikir

SELEPAS SOLAT FARDHU SUBUH PADA 1 MUHARRAM, bacalah gabungan "Bismillahirahmanirrahim" dan "Ayat Kursi" sebanyak 360 kali.

Sesiapa yang mengamalkannya, InsyaAllah akan diberi keselamatan dan terpelihara dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki.

DOA AWAL MUHARRAM.
Membaca doa awal tahun yang bersesuaian sebanyak 3 kali, Contohnya seperti doa berikut :

Doa Pertama :


Doa Kedua :






Semoga kita sama-sama akan mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya
 dengan keikhlasan amalan yang dilakukan seperti di atas...

Wallahu A'lam bishowab....








No comments: