Puasa...Puasa...Puasa...

Assalamualaikum...Selamat Hari Raya...

masih mood raya nampak hehehe...biasa la kan...syawal kan sebulan...bukan selalu...sebulan sekali hehehehe... opss raya, raya jugak....dh byr puasa ke? hurmm...ni la peluang untuk menambahkan pahala kan...byr puasa dan puasa sunat 6 syawal... aku pun tgh byr jugak ni...byk lagi tu hehehhe..tapi tak per...bukan selalu...best ape puasa :) ... 

ni aku nak kongsi info sikit pasal puasa qada' dan puasa sunat syawal...


NIAT PUASA 6 DI BULAN SYAWAL | PANDUAN BERPUASA 6 | Niat merupakan azam untuk melakukan sesuatu ibadat, dan letaknya di hati. Jika anda berazam ingin melakukan puasa 6 atau qadha’ puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat. Jika mahu berniat puasa 6 syawal :

“sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.

Menurut sunnah yang sahih, seseorang hendaklah berpuasa enam hari di bulan syawal. Bagi yang mempunyai puasa qada’ (ganti), afdal mendahulukan qada’ puasanya yang ditinggalkan, kemudian diikuti puasa sunat syawal. Ini kerana, puasa qada’ adalah wajib sedangkan puasa enam syawal adalah sunat. Menurut kaedah usul, perkara wajib hendaklah di dahulukan berbanding perkara sunat.

Selain itu, tidak disyaratkan seseorang berpuasa enam secara terus menerus. Dia boleh memisahkan antara hari-hari tersebut kerana tidak ada dalil yang jelas menunjukkan perbuatan salafussoleh berpuasa secara terus menerus. Namun, tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan begitu.

Ada juga yang menyuarakan persoalan hukum membaca niat dua kali. Niat dua kali sebenarnya bukan niat yang kena baca dua kali tetapi kita berniat puasa ganti dan Allah memberi kita pahala atau dua kebaikan iaitu pahala qada puasa dan juga pahala sunat puasa 6.

Bagi orang perempuan, bolehlah mengganti atau mengqada puasa ramadhan kita dengan awal, tak perlulah menunggu sampai tibanya bulan rejab/ syaaban tahun hadapan pula. Semoga amalan puasa qada dan puasa sunat kita tahun ini diterima Allah S.W.T. Paling penting jangan lupa supaya meng’qada’kan puasa terlebih dahulu sebelum berpuasa sunat 6 yea. Wallahualam. 


SUMBER: http://www.abgteror.com/niat-puasa-6-di-bulan-syawal-panduan-berpuasa-6/#ixzz24jLEtPdf




1. Qada' Puasa dan Puasa Enam

Soalan:
Saya telah tertinggal puasa selama 6 hari kerana uzur, tetapi bolehkah saya mengqada'kan puasa sekali dengan puasa 6 (sunat) dengan 2 niat tetapi 6 hari puasa sahaja?

Jawapan:
Puasa qada adalah menggantikan puasa yang difardhukan (Ramadhan) sedangkan puasa enam merupakan puasa sunat, jadi keduanya tidak boleh digabungkan. Yang paling afdal usahakan mengqada puasa Ramadhan dahulu, kemudian laksanakan puasa sunat enam, bulan Syawal.


2. Antara Puasa Enam dan Puasa Qada'

Soalan:
Ustaz, ada orang mengatakan setelah kita mengerjakan puasa enam kita tidak perlu membayar puasa qada. Boleh ustaz selesaikan kemusykilan saya ini?

Jawapan:
Fuqaha Hanafiyah, Syafeiyah dan Hanabilah mengatakan bahawa puasa enam hari pada bulan Syawal itu adalah sunat hukumnya. Jamaah ahli hadis kecuali Bukhari meriwayatkan dari An Nasai dari Abu Ayyub al Anshari bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan berpuasa enam hari pada bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun penuh". Jadi puasa enam pada bulan syawal ini merupakan puasa sunat sahaja.

Mengqada puasa adalah kewajipan kita menggantikan puasa yang tertinggal pada bulan Ramadha kerana sebab-sebab tertentu. Setengah ulama mengatakan kita perlu mengganti puasa wajib yang kita tertinggal itu barulah kita mengerjakan puasa sunat yang lainnya. Jadi antara puasa qada' dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, perlulah dipisahkan antara yang Fardhu (wajib) dan yang Sunat. Kerjakanlah puasa qada' dahulu barulah kerjakan yang sunat kerana itulah yang lebih afdal. Wallahu A'lam.


info dari : http://www.darulnuman.com/index.php?option=com_content&view=article&id=85&Itemid=147

2 comments:

Rohah said...

Salam,
Terima kasih kerana follow blog akak..

Kaseh Sumaiyah said...

Wa'Salam..sama² kak hehehe...makaseh jugak sudi follow sya :)