Assalamualaikum
wbt untuk sahabat yg sudi lagi menjengok dan membaca
kat blogku yg terOver
simple ni…
Sempena hr
kelahiranku pd hari ni, 20hb Oktober 2012, ehemm! nombor best ni..20102012 saje
nak mencoret sikit hehhe… arrr? Apa?..brp sudah umurku??? Hurmmm tak da la
keberatan sangat untuk aku nk menjwbnya... tapi yang pasti BUKAN 6 hari, (melamapau
la sgt kan..sbr ye..), bukan 6 bulan hehehe, bukan jugak 6 thn, bukan 16 thn,
dan BUKAN 26 tahun……..huhuhuhu tapi 36 thn la…hurmm 4 thun lagi masuk angga 40…apa
la sangat dgn umur yer tak? Tp apa yg telah kita lalui dan yang akan kita
tempuhi…itu yang penting…hehehe iye la tu…tp kekadang salu jugak aku mengira
kedut² yang telah menepek kat muka aku nie hhahhaha…pas tu timbul perasaan
gerun plak bila mengingatkan amalan akhirat aku yang terlalu sedikit…hurm mesti
nak Upgrade lagi lah ni….sementara masih ada masa…untuk bekalan nanti…InsyaAllah
semoga dipermudahkan….
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Terima kasih Ya
Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap
rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau
turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu
sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap
menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir
makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap
melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku
datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku
terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya
Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada
siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya
Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang
kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut
bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali
jauh daripada kesesatan.
Dalam usia
begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin
jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja
ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia
ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala
kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang
sudi.
Ya
Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu
ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan
kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin
mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku
mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al
Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus
mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku
bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya
Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya
Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha
Besar... peliharalah aku si yatim piatu ini agar terus berpegang teguh pada
taliMu.
Terimalah
permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
No comments:
Post a Comment