TIPS DAN PANDUAN
MEMBUAT KEK DAN BISKUT
Musim membuat kek dan biskut
untuk menyambut lebaran sudah pun bermula. Inilah masanya kita mencari-cari
resepi kek dan biskut tebaru untuk merai tetamu yang berkunjung ke rumah. Pasti
ada antara kita turut berasa 'seram sejuk' apabila mengenangkan kembali
pengalaman - pengalaman lalu apabila kek dan biskut yg di buat tidak menjadi.
Hari ni marilah kita sama-sama belajar beberapa tips dan panduan cara-cara membuat kek yang ita ambil dari beberapa buku panduan membuat kek dan juga rujukan ita dari internet.
Mula- mula kita berikan tumpuan terhadap beberapa bahan2 asas tuk membuat kek yang perlu kita titik beratkan.
TELUR
Telur yang hendak digunakan untuk membuat kek perlu segar. Sebaik-baiknya beli telur dari penjual di pasar kerana ia tidak di simpan lama berbanding telur yg di jual di kedai-kedai runcit. Hal ini kerana kekerapan orang membeli telur di pasar berbanding kedai biasa.
Untuk membuat kek, sebaiknya pilih telur double A atau beratnya sekitar 60 gm sebiji. Jangan memggunakan telur yg besar untuk membuat biskut kerana ia akan meningkatkan lebihan cecair dlm sukatan dan menjadikan doh lembik. Lazimnya apabila doh lembik kita akan menambah tepung ke dlm adunan. Kalau tidak berhati2 doh akan mengeras dan rasa biskut juga berubah.
Semasa mengadun kek yg tidak menggunakan bahan ovellete utk membuat kek, telur dan gula hendaklah di pukul hingga benar2 gebu sebelum di campur dgn bahan lain. Untuk mengetahui telur sudah cukup gebu, cuba ambil sesenduk adunan dan terbalikkan. Jika adunan tidak jatuh, bermakna ia sudah cukup gebu.
Ujian yang sama juga boleh di gunakan untuk memukul putih telur hingga cukup gebu.

Kelajuan
memukul telur, mentega dan gula
Untuk membuat biskut memadai dgn memukul perlahan hingga sebati. Tak perlu menggunakan mesin, keculi dalam kuantiti yang banyak.
Untuk kek pula, pastikan ia di pukul perlahan hingga sebati kemudian di tahap sederhana selama 3-4 minit sebelum di putar ke tahap maxima selama 6-7 minit atau sehingga adunan kelihatan gebu dan ringan. Jika mesin jenis berkuasa, tidak memerlukan masa yang lama.
Jika digunakan hand mixer, perlu pastikan gula hancur dan tidak nampak berbiji-biji barulah di masukkan telur sebiji demi sebiji. Pastikan adunan di pukul rata setelah memasukkan setiap telur.
Bila masukkan tepung pukul dengan kadar perlahan sahaja dan berselang seli dengan bahan cecair seperti susu atau jus.
BUTTER
Apabila membuat biskut, sebaiknya jangan menggunakan mentega yg masih keras. Ini kerana mentega yg masih keras perlu dipukul lama dan jika tidak berhati-hati ia akan jadi berminyak.
Sebaiknya biarkan mentega lembut sedikit pada suhu bilik.
Adunan mentega untuk biskut, jika di kacau berlebihan hingga menjadi berminyak akan menyebabkan biskut terbantut.
Untuk kek, mentega yg di gunakan untuk membuat kek seharusnya lembut tetapi bukan terlalu lembut. Mentega yang terlalu lembut tidak akan menghasilkan kek yang ringan dan gebu. Kek pula akan menjadi lebih padat dan bertekstur lebih keras.
Jika mentega dan gula tidak dipukul sehingga ringan dan gebu, adunan akan berbintil-bintil apabila telur di masukkan.
Jika memukul mentega atau butter, pukullah hingga benar-benar lembut dan jauhkan dari tempat atau ruang yg panas agar mentega yang dipukul tidak mencair dan berminyak

Berapa
lama masa yg sesuai memukul butter, gula, telur dan tepung
Jika memukul mentega dan gula, mestilah sehingga ia nampak gebu dan gula hancur. Ini bergantung pada kelajuan mesen yg digunakan. Selalunya mula memukul pada tahap perlahan. Berhenti dan pastikan bahan2an tepi mangkuk dikaup agar bersatu semula. Kemudian putar pada kelajuan maxima selama 3 minit, kaup bahan di sekeliling mangkuk dan putar lagi selama 3 minit. Bila adunan nampak ringan dan pucat warnanya. Baru dimasukkan telur sebijik demi sebijik dalam kadar 2 minit setiap biji telur.
Gunakan senduk kayu atau spatula untuk memasukkan tepung dan mengaul rata adunan.
Mengantikan butter dengan margerin
Bezanya, kek yg menggunakan butter lebih enak kerana tekstur kek itu akan lebih halus. Tetapi harus diingat jika dibiarkan mentega terlalu lama pada suhu bilik, ia akan berminyak dan hasil kek tidak enak dan gebu.
Kek yg menggunakan margerin tidak begitu wangi, seperti kek yg menggunakan mentega. Ia juga tidak selemak kek yang menggunakan mentega.
Jika menggunakan margerin timbang kilo pula, rasa kek juga tidak enak!.
Kebanyakkan margerin juga begitu sukar sebati dengan gula kastor dan hasilnya , adunan tidak kembang dengan elok.
TIPS MEMBUAT KEK

·
Bila sudah
mendapat resepi yang diinginkan cuba semak dengan teliti bahan2 yg diperlukan
dan fahami kaedah cara membuatnya. Jika tidak faham tanyalah pada yg arif atau
tuan empunya resepi.
·
Sediakan bahan2an
yg diperlukan seperti alat penimbang, sukatan cawan dan sudu, mixer, dan
bahan2an lain yg di perlukan untuk membuat kek.
·
Pastikan semua
bahan seperti mangkuk pengadun dan spatula dalam keadaan kering dan bersih.
·
Bahan2an kering
seperti tepung, baking powder, baking soda dan garam hendaklah di gaul rata dan
diayak bersama terlebih dahulu. Kek akan lebih gebu bila kita menggunakan bahan
yg telah di ayak.
·
Masukkan tepung
sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balik adunan dgn satu arah pusingan
sehingga sebati. Jangan terlalu mengaul adunan tepung kerana ia akan
menghasilkan kek yg mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dgn
adunan mentega.
·
ketika menunggu
adunan di bakar terutamanya dalam pembuatan kek lapis, jangan terlalu sering
mengaul adunan kerana ia membuatkan adunan turun dan kek mampat. Adunan yg
menunggu giliran untuk dibakar harus diletakkan di ruangan yg jauh dari suhu
panas.
·
Jika membahagikan
adunan kepada beberapa bahagian dan menambahkan bahan lain seperti pewarna dan
buah2an kering, lakukan dengan hanya menggunakan spatula dan dengan di kaup
balik perlahan agar adunan tidak turun.
·
Loyang perlulah di
leserkan dgn butter terlebih dahulu, alaskan dasar loyang dengan baking
paper.
·
Untuk kek lapis
pula tidak perlu di leserkan pada tepi loyang, cukup sekadar leserkan pada
dasar loyang dan alas dasar dgn baking paper juga. Ini untuk mengelakan kek
rengang dari loyang, mengecut dan ini mengakibatkan susunan lapisan tidak rata.
·
Ketuhar hendaklah
di panaskan 15 minit lebih awal sebelum kek di masukkan ke dalam ketuhar.
Membakar kek tampa memanaskan ketuhar terlebih dahulu akak menyebabkan kek
rosak.
·
Jangan keluarkan
kek terus dari loyang selepas di bakar. Sebaiknya tunggu kek benar2 sejuk dan
mantap baru lah boleh di keluarkan.
·
Kek yang di kukus
pula, perlulah di panaskan kukusan terlebih dahulu. Balut tutup kukusan dengan
kain supaya air dari tutup kukusan tidak menitis atas kek dan merosakkan rupa
dan teksturnya. Atau boleh juga loyang kek di tutup permukaannya dgn kertas
aluminium foil.
·
Kek yang sedang di
bakar atau dikukus tidak boleh di buka pintu oven atau tutup kukusan pada 45
minit pertama proses memasak. Ini untuk mengelakkan proses kejadian kek.
·
Untuk menguji kek
telah masak, cucuk tengah kek dgn lidi secara menyerong dan jika ia keluar
licin ini bermakna kek anda telah masak sempurna.
·
Untuk biskut pula,
sekiranya kita kuis atau tolak sedikit biskut dan ia tidak melekat bermakna
biskut itu telah di bakar sempurna.
MASALAH
KEJADIAN KEK
MENGAPA KEK LEMBAB DI TENGAH
MENGAPA KEK LEMBAB DI TENGAH
·
Mungkin suhu oven
tidak mencukupi dan masa memasak terlalu pendek.
·
Sukatan mentega
terlampau banyak atau mentega telah di biarkan terlalu lama di luar dan ia
mencair sedikit
·
Jika permukaan kek
menjadi perang sedikit tutup loyang dgn aluminium foil sehingga kek masak.
·
Pastikan guna api
atas dan bawah jika anda memasang kipas pada dinding belakang oven. jika tiada
kipas pada oven, memadai menggunakan api bawah sahaja pada suhu 190C.
KEK
MENDAP DI TENGAH DAN TENGGELAM
·
Suhu ketuhar
terlampau tinggi
·
Gula dan mentega
di pukul tidak cukup gebu
·
Kekurangan tepung
atau telebih gula
·
Masa membakar
terlalu pendek
·
Kedudukan rak
sewaktu membakar kek dalam loyang biasa hendaklah diletakkan di rak tengah
ketuhar
·
Serbuk penaik
berlebihan
KEK
MEREKAH
·
Elemen pemanas di
sebelah atas terlalu panas dan menyebabkan kek mudah merekah dan hangus
·
Suhu ketuhar tidak
begitu tepat atau terlampau tinggi
·
Kandungan serbuk
penaik terlalu banyak
·
Sukatan tepung
terlebih
·
Masa membakar
terlalu lama
KEK
CHIFFON PENYEK
·
Putih telur tidak
dipukul dengan cukup kental dan kaku
·
Kek chiffon
hendaklan terus dibakar sebaik sahaja selesai dibuat kerana jika dibiarkan di
luar ketuhar selama 5 minit pun kek akak turun selepas di bakar
·
Bila telah masak
terus terbalikkan loyang dan biarkan kek tertanggal sendiri.
TIPS MENYIMPAN KEK DAN BISKUT
Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum di simpan. Sebaik-baiknya potonglah kek menjadi sekurang-kurangnya 6 bahagian dan balut setiap bahagian dengan wraping plastick atau kertas timah. Simpan kek dalam bekas kedap udara dan letak pada ruangan beku dalam peti sejuk.
Apabila hendak menikmati kek keluarkan lebih awal dan nyahbekukannya untuk dihidangkan pada tetamu. Dengan cara ini kek akan tahan lebih lama.
Kek yang telah dipotong keping2 boleh juga di panaskan dlm gelombang macro sekadar beberapa saat sahaja. Kek yang lama di panaskan dlm gelombang macro akan menyebabkan kek kering dan keras.
Untuk biskut pula simpan biskut dalam bekas kedap udara. Taburkan sedikit gula pasir kasar agar biskut kekal garing.
Apabila biskut telah lemau, panaskan semula dalam ketuhar selama beberapa minit, selepas itu sejukkan. Ia akan garing semula. Tapi bukan untuk biskut yg telah di salut coklat ye!
Semoga tips dan panduan ini dapat sama2 membantu kita untuk mendapatkan kek dan biskut yang menjadi idaman kalbu. Happy Baking!