Assalammualaikum
sahabat blogger..
Rasanya memang agak
lama aku tidak memunculkan diri dalam blog yang tak berapa nak cun ni yer tak?
Rindu? Memanglah..bukan aku tak sudi nak bercoretan dalam blogger ni tapi masa aku huhh! YB dan Mak Datin pun
boleh kalah ngengengeee~ hurm...betul tak caye?? Tak pe...simpan dlm hati je yer :)
Ye..mmg aku curi²
masa nk berblogger ni hihiihi tak tahu pulak apa nak aku cerita yer...hurmm…
haaa..tapi aku memang teruja nak bercrita pasal cinta... Bab² crita love nie mg
aku suke hehehe… ko ader?? :D
CINTA a.k.a LOVE
Cinta tak terungkap
oleh kata-kata
Cinta pastinya
menuntut pengorbanan
Cinta sendinya
keikhlasan
Cinta mengajar erti
kesabaran
Cinta mendidik untuk
berusaha
Cinta melatih diri
menjadi kental dan tabah
Cinta mengajar untuk
memberi dan menerima
Cinta adalah
anugerah Allah kepada manusia
Bila disebut saja
perkataan cinta ataupun percintaan, pastinya semua sudah pun terbayang suasana
yang indah, gembira, riang dan sewaktu dengannya hehehe siapa yang tidak suka
dilamun cinta? Bohonglah kalau ada yang kata dia tidak pernah dilamun cinta..tak
kesah lah samada cintanya terbalas atau cinta yang hanya di dalam hati tapi tak
terluah...cinta terpendam katakan hehehhe ada yang terasa ke??? Aku lah tu
hohohoho (cinta monyet kot).
Masa bercinta
semuanya memang indah umpama "Makan tak kenyang, Mandi tak basah"
atau… pepatah omputeh berkata " You jump, I jump" hehehe (iyer ke)
nasib aku tak bercinta begitu syukur
alhamdulillah...cinta masih berlandaskan fikiran bukan hawa nafsu hermm…
Apa yang menarik
tentang percintaan ini, seakan-akan ada satu kuasa atau kekuatan luar biasa
yang timbul apabila seseorang berada dalam keadaan bercinta. Kekuatan itu
membuatkan si pencinta sedaya upaya berusaha sehinggalah apa yang dicita berada
dalam gengaman. Mereka sentiasa konsisten dalam mencapai matlamat dan tujuan
atau istiqamah.
Cinta hanya satu
kata, namun seluruh hidup bernadikan degupnya. Wujudnya kita di dunia ini
adalah kerana cinta dan kasih sayang Allah s.w.t. Getaran cinta sangat kuat dan boleh memberi
kesan yang amat besar kepada diri seseorang.
.jpg)
Mencintai yang
berhak, itu lebih afdal. Mencintai yang lain, itu sampingan. Usah nafikan
kehadiran cinta, itu dusta! Usah membuang rasa cinta, itu bongkak! Buktikan
cinta kita kepada-Nya. Lorongkan diri atas jalan-Nya, jauhkan diri daripada
persimpangan kemurkaan-Nya. Basahkan lidah dengan kalimah-kalimah suci-Nya,
tawadukkan hati dengan nikmat kurniaan-Nya. Hayatilah kasih Allah kepada kita
dalam setiap saat hembusan nafas kita, kelak kita tidak akan alpa dalam mencari
cinta Allah.
Sama² kita
bermuhasabah diri...
Jangan takut
kehilangan cinta dari manusia, tetapi takut jika kehilangan cinta Allah. Kita
bertuah bukanlah kerana dapat menjadi kekasih seseorang, tetapi beruntung jika
dapat menjadi kekasih Allah. Cinta dan kasih sayang Allah kepada semua makhluk
ciptaanNya tidak berbelah bagi.
Mencintalah
kerana-Nya kerana-Nya yang mengekalkan cinta.
Subhanallah…
Allahuakhbar….
drpd sumber yg diubah suai...
drpd sumber pengalaman ku...