TIPS DAN PANDUAN MEMBUAT KEK DAN BISKUT

Musim membuat kek dan biskut untuk menyambut lebaran sudah pun bermula. Inilah masanya kita mencari-cari resepi kek dan biskut tebaru untuk merai tetamu yang berkunjung ke rumah. Pasti ada antara kita turut berasa 'seram sejuk' apabila mengenangkan kembali pengalaman - pengalaman lalu apabila kek dan biskut yg di buat tidak menjadi.

Hari ni marilah kita sama-sama belajar beberapa tips dan panduan cara-cara membuat kek yang ita ambil dari beberapa buku panduan membuat kek dan juga rujukan ita dari internet.

Mula- mula kita berikan tumpuan terhadap beberapa bahan2 asas tuk membuat kek yang perlu kita titik beratkan.

TELUR
Telur yang hendak digunakan untuk membuat kek perlu segar. Sebaik-baiknya beli telur dari penjual di pasar kerana ia tidak di simpan lama berbanding telur yg di jual di kedai-kedai runcit. Hal ini kerana kekerapan orang membeli telur di pasar berbanding kedai biasa.

Untuk membuat kek, sebaiknya pilih telur double A atau beratnya sekitar 60 gm sebiji. Jangan memggunakan telur yg besar untuk membuat biskut kerana ia akan meningkatkan lebihan cecair dlm sukatan dan menjadikan doh lembik. Lazimnya apabila doh lembik kita akan menambah tepung ke dlm adunan. Kalau tidak berhati2 doh akan mengeras dan rasa biskut juga berubah.

Semasa mengadun kek yg tidak menggunakan bahan ovellete utk membuat kek, telur dan gula hendaklah di pukul hingga benar2 gebu sebelum di campur dgn bahan lain. Untuk mengetahui telur sudah cukup gebu, cuba ambil sesenduk adunan dan terbalikkan. Jika adunan tidak jatuh, bermakna ia sudah cukup gebu.
Ujian yang sama juga boleh di gunakan untuk memukul putih telur hingga cukup gebu.
Kelajuan memukul telur, mentega dan gula

Untuk membuat biskut memadai dgn memukul perlahan hingga sebati. Tak perlu menggunakan mesin, keculi dalam kuantiti yang banyak.

Untuk kek pula, pastikan ia di pukul perlahan hingga sebati kemudian di tahap sederhana selama 3-4 minit sebelum di putar ke tahap maxima selama 6-7 minit atau sehingga adunan kelihatan gebu dan ringan. Jika mesin jenis berkuasa, tidak memerlukan masa yang lama.

Jika digunakan hand mixer, perlu pastikan gula hancur dan tidak nampak berbiji-biji barulah di masukkan telur sebiji demi sebiji. Pastikan adunan di pukul rata setelah memasukkan setiap telur.

Bila masukkan tepung pukul dengan kadar perlahan sahaja dan berselang seli dengan bahan cecair seperti susu atau jus.


BUTTER
Apabila membuat biskut, sebaiknya jangan menggunakan mentega yg masih keras. Ini kerana mentega yg masih keras perlu dipukul lama dan jika tidak berhati-hati ia akan jadi berminyak.
Sebaiknya biarkan mentega lembut sedikit pada suhu bilik.
Adunan mentega untuk biskut, jika di kacau berlebihan hingga menjadi berminyak akan menyebabkan biskut terbantut.

Untuk kek, mentega yg di gunakan untuk membuat kek seharusnya lembut tetapi bukan terlalu lembut. Mentega yang terlalu lembut tidak akan menghasilkan kek yang ringan dan gebu. Kek pula akan menjadi lebih padat dan bertekstur lebih keras.
Jika mentega dan gula tidak dipukul sehingga ringan dan gebu, adunan akan berbintil-bintil apabila telur di masukkan.
Jika memukul mentega atau butter, pukullah hingga benar-benar lembut dan jauhkan dari tempat atau ruang yg panas agar mentega yang dipukul tidak mencair dan berminyak
Berapa lama masa yg sesuai memukul butter, gula, telur dan tepung

Jika memukul mentega dan gula, mestilah sehingga ia nampak gebu dan gula hancur. Ini bergantung pada kelajuan mesen yg digunakan. Selalunya mula memukul pada tahap perlahan. Berhenti dan pastikan bahan2an tepi mangkuk dikaup agar bersatu semula. Kemudian putar pada kelajuan maxima selama 3 minit, kaup bahan di sekeliling mangkuk dan putar lagi selama 3 minit. Bila adunan nampak ringan dan pucat warnanya. Baru dimasukkan telur sebijik demi sebijik dalam kadar 2 minit setiap biji telur.
Gunakan senduk kayu atau spatula untuk memasukkan tepung dan mengaul rata adunan.

Mengantikan butter dengan margerin 

Bezanya, kek yg menggunakan butter lebih enak kerana tekstur kek itu akan lebih halus. Tetapi harus diingat jika dibiarkan mentega terlalu lama pada suhu bilik, ia akan berminyak dan hasil kek tidak enak dan gebu.

Kek yg menggunakan margerin tidak begitu wangi, seperti kek yg menggunakan mentega. Ia juga tidak selemak kek yang menggunakan mentega.

Jika menggunakan margerin timbang kilo pula, rasa kek juga tidak enak!.
Kebanyakkan margerin juga begitu sukar sebati dengan gula kastor dan hasilnya , adunan tidak kembang dengan elok.

TIPS MEMBUAT KEK


·                     Bila sudah mendapat resepi yang diinginkan cuba semak dengan teliti bahan2 yg diperlukan dan fahami kaedah cara membuatnya. Jika tidak faham tanyalah pada yg arif atau tuan empunya resepi.
·                     Sediakan bahan2an yg diperlukan seperti alat penimbang, sukatan cawan dan sudu, mixer, dan bahan2an lain yg di perlukan untuk membuat kek.
·                     Pastikan semua bahan seperti mangkuk pengadun dan spatula dalam keadaan kering dan bersih.
·                     Bahan2an kering seperti tepung, baking powder, baking soda dan garam hendaklah di gaul rata dan diayak bersama terlebih dahulu. Kek akan lebih gebu bila kita menggunakan bahan yg telah di ayak.
·                     Masukkan tepung sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balik adunan dgn satu arah pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu mengaul adunan tepung kerana ia akan menghasilkan kek yg mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dgn adunan mentega.
·                     ketika menunggu adunan di bakar terutamanya dalam pembuatan kek lapis, jangan terlalu sering mengaul adunan kerana ia membuatkan adunan turun dan kek mampat. Adunan yg menunggu giliran untuk dibakar harus diletakkan di ruangan yg jauh dari suhu panas.
·                     Jika membahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan menambahkan bahan lain seperti pewarna dan buah2an kering, lakukan dengan hanya menggunakan spatula dan dengan di kaup balik perlahan agar adunan tidak turun.
·                     Loyang perlulah di leserkan dgn butter terlebih dahulu, alaskan dasar loyang dengan baking paper. 
·                     Untuk kek lapis pula tidak perlu di leserkan pada tepi loyang, cukup sekadar leserkan pada dasar loyang dan alas dasar dgn baking paper juga. Ini untuk mengelakan kek rengang dari loyang, mengecut dan ini mengakibatkan susunan lapisan tidak rata.
·                     Ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit lebih awal sebelum kek di masukkan ke dalam ketuhar. Membakar kek tampa memanaskan ketuhar terlebih dahulu akak menyebabkan kek rosak.
·                     Jangan keluarkan kek terus dari loyang selepas di bakar. Sebaiknya tunggu kek benar2 sejuk dan mantap baru lah boleh di keluarkan.
·                     Kek yang di kukus pula, perlulah di panaskan kukusan terlebih dahulu. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air dari tutup kukusan tidak menitis atas kek dan merosakkan rupa dan teksturnya. Atau boleh juga loyang kek di tutup permukaannya dgn kertas aluminium foil.
·                     Kek yang sedang di bakar atau dikukus tidak boleh di buka pintu oven atau tutup kukusan pada 45 minit pertama proses memasak. Ini untuk mengelakkan proses kejadian kek.
·                     Untuk menguji kek telah masak, cucuk tengah kek dgn lidi secara menyerong dan jika ia keluar licin ini bermakna kek anda telah masak sempurna.
·                     Untuk biskut pula, sekiranya kita kuis atau tolak sedikit biskut dan ia tidak melekat bermakna biskut itu telah di bakar sempurna.


MASALAH KEJADIAN KEK
MENGAPA KEK LEMBAB DI TENGAH 

·                     Mungkin suhu oven tidak mencukupi dan masa memasak terlalu pendek.
·                     Sukatan mentega terlampau banyak atau mentega telah di biarkan terlalu lama di luar dan ia mencair sedikit
·                     Jika permukaan kek menjadi perang sedikit tutup loyang dgn aluminium foil sehingga kek masak.
·                     Pastikan guna api atas dan bawah jika anda memasang kipas pada dinding belakang oven. jika tiada kipas pada oven, memadai menggunakan api bawah sahaja pada suhu 190C.

KEK MENDAP DI TENGAH DAN TENGGELAM

·                     Suhu ketuhar terlampau tinggi
·                     Gula dan mentega di pukul tidak cukup gebu
·                     Kekurangan tepung atau telebih gula
·                     Masa membakar terlalu pendek
·                     Kedudukan rak sewaktu membakar kek dalam loyang biasa hendaklah diletakkan di rak tengah ketuhar
·                     Serbuk penaik berlebihan

KEK MEREKAH

·                     Elemen pemanas di sebelah atas terlalu panas dan menyebabkan kek mudah merekah dan hangus
·                     Suhu ketuhar tidak begitu tepat atau terlampau tinggi
·                     Kandungan serbuk penaik terlalu banyak
·                     Sukatan tepung terlebih
·                     Masa membakar terlalu lama

KEK CHIFFON PENYEK

·                     Putih telur tidak dipukul dengan cukup kental dan kaku
·                     Kek chiffon hendaklan terus dibakar sebaik sahaja selesai dibuat kerana jika dibiarkan di luar ketuhar selama 5 minit pun kek akak turun selepas di bakar
·                     Bila telah masak terus terbalikkan loyang dan biarkan kek tertanggal sendiri.


TIPS MENYIMPAN KEK DAN BISKUT

Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum di simpan. Sebaik-baiknya potonglah kek menjadi sekurang-kurangnya 6 bahagian dan balut setiap bahagian dengan wraping plastick atau kertas timah. Simpan kek dalam bekas kedap udara dan letak pada ruangan beku dalam peti sejuk.
Apabila hendak menikmati kek keluarkan lebih awal dan nyahbekukannya untuk dihidangkan pada tetamu. Dengan cara ini kek akan tahan lebih lama.

Kek yang telah dipotong keping2 boleh juga di panaskan dlm gelombang macro sekadar beberapa saat sahaja. Kek yang lama di panaskan dlm gelombang macro akan menyebabkan kek kering dan keras.

Untuk biskut pula simpan biskut dalam bekas kedap udara. Taburkan sedikit gula pasir kasar agar biskut kekal garing.
Apabila biskut telah lemau, panaskan semula dalam ketuhar selama beberapa minit, selepas itu sejukkan. Ia akan garing semula. Tapi bukan untuk biskut yg telah di salut coklat ye!

Semoga tips dan panduan ini dapat sama2 membantu kita untuk mendapatkan kek dan biskut yang menjadi idaman kalbu. Happy Baking!


SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA!

Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada rekabentuk logo ini. Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

Angka 57 membawa maksud ulangtahun yang ke-57 kemerdekaan Malaysia, sekaligus menjadi lambang kematangan negara di bawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi keada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bahagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia pada hari ini, terutamanya golongan muda.

Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan hingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.

Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.

Tema "MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.


WARNA MERAH

Lambang keberanian dan kesetiaan kepada negara yang tercinta

WARNA BIRU
Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum

WARNA KUNING
Lambang kedaulatan negara di bawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.

WARNA PUTIH

Menjadi lambang kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.



Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-warisan-sudirman.html#ixzz3BqJc2AYV

Kata-Kata Cinta


Barangsiapa mengutamakan kecintaan Allah atas kecintaan manusia maka Allah akan melindunginya dari beban gangguan manusia. (HR. Ad-Dailami)

Cinta adalah suatu emosi yang kuat, emosi yang takkan pergi jika ia telah menghampiri. Jika dipaksa, akan tinggalkan luka yang dalam
Jika dia meninggalkan kamu tanpa alasan. Jangan biarkan dia datang kembali dengan alasan
Jangan kamu ucap kata-kata putus kalau masih sayang. dan jangan kamu ucap sayang kalau sudah putus.
Kemudahan hidup adalah hadiah bagi yang bekerja dengan kecintaan yang besar.
Kenapa bila disebut Madah Cinta yang terlintas hanyalah cinta kepada manusia. Namun tidakkah kita mencintai Pencipta kita?
Manusia tidak tahu dia memiliki cinta sehingga satu saat ia merasainya sendiri. Perasaan yang sangat berbeza terbit di hati yang suci.
Hidup adalah pembelajaran menuju kebaikan dan memahami akan cinta yang Tuhan berikan untuk manusia.
Mulailah dengan perkara-perkara yang kecil, tapi lakukan dengan cinta yang besar
Indahnya kehidupan akan tercipta jika kesederhanaan dalam cinta kasih ada dihati setiap insan.
Cinta selalu datang dengan luka, jika kamu tak mahu mencintai dan terluka, kamu takkan pernah menemui cinta sejatimu.
Kita tercari-cari cinta padahal kita tidak sedar cinta yang kita cari selama ini bersemadi di hati kita. Iaitu cinta kepada Ilahi
Tiada apa yang dapat aku ungkapkan melainkan rasa syukur kepada-Mu Ya Allah atas rasa cinta ini.
Andai telah ditetapkan Allah kita bersama akhirnya, walau terpisah beribu batu, berabad lamanya, tetap juga kita akan bersatu
Cinta itu tidak buta, tapi yang buta adalah mereka yang tidak mampu menilai kesucian cinta.
Cinta adalah suatu emosi yang kuat, emosi yang takkan pergi jika ia telah menghampiri. Jika dipaksa, akan tinggalkan luka yang dalam.
Cinta dan sabar kadang-kadang membawa penderitaan, namun tidak pernah dendam terlebih lagi membalas dendam.
Tak ada perasaan yang lebih menyenangkan daripada mengetahui diri kita berada tepat di samping orang yang kita cintai.
Selalu bertahan dalam sabar dan cinta. Allah akan membimbing ke dalam keputusan dan waktu yang tepat.
Cinta itu seperti tanaman. Perlu dijaga dengan baik jika ingin tumbuh subur.
Cinta itu perasaan. Cinta itu impian. Tapi AWAS! Cinta itu juga yg menyakitkan. Oleh itu, jangan tunduk kpd cinta, tapi hargailah sebaiknya.
Bila hati bertaut rindu, perasaan kian tidak menentu. Itulah kenikmatan cinta, jika dirasai, betapa indahnya anugerah Ilahi.
Demi cinta, walau mungkin akan membuatmu terluka, tetaplah melangkah ke depan. kerana cinta adalah perasaan yang menakjubkan.
Cinta itu lebih tua dari segalnya, kerana Tuhan menciptakan dunia ini dengan dasar-dasar cinta.
Cinta selalu memberikan kesempatan untuk berubah menjadi yang lebih baik. Memaafkan kesalahan adalah asasnya.
Dengan keikhlasan dan kecintaan pada Tuhan, menjanjikan ketenangan di hati.
Mencintai tidak hanya sekadar untuk dicintai. Tetapi bagaimana menjaga dan menghargai perasaan yang disebut cinta.
Cintailah hati yang mencintaimu dengan setulusnya. Kerana indahnya cinta itu dapt dirasai dengan dua hati yang bertaut kerana Allah s.w.t.
Jangan terlalu mencintai dunia, kerana semua yang di dunia tidak ada yang abadi. Cintai Allah s.w.t
Mencintai bukan harus sempurna, tetapi yang penting adalah ikhlas!
Dengan cinta dan sabar semua perkara buruk akan menjadi indah. Percayalah, Allah ada sesuatu yg baik untuk hidup kita.
Cinta dan Sabar yang didasari dengan ketulusan hati tidak akan pernah ada batasnya.
Berikan cinta dgn tulus. Kerana tak ada satu kekuatan pun di muka bumi ini yang dapat menghalang kekuatan cinta.
Satu-satunya cara untuk menemukan cinta sejati adalah menerima kekurangan dan mensyukuri kelebihan orang yang dicintai.
Tuhan adalah pemilik cinta. cintai Allah, maka kita akan dicintai oleh semua makhluk-Nya.
Sebelum mencintai insan lain, cintailah diri sediri dan Allah s.w.t., kerana cinta itu adalah cinta yang lahir tulus dari hati.
Bersatulah kita kerana Allah. kerana Dia telah menentukannya. semoga cinta yang terbina mampu bertahan ke akhirnya.
Kadang-kadang lebih baik menjauhi sesorang, bukan kerana berhenti mencintainya, tapi kerana harus melindungi diri sendiri dari rasa sakit.
Cinta tidak akan tumbuh hanya kerana terbiasa. kerana cinta adalah perasaan, bukan kebiasaan.
Mencintai tidak hanya sekedar untuk dicintai. Tetapi bagaimana menjaga dan menghargai perasaan yang disebut cinta.
Ketika kamu mencintai seseorang, bererti kau menerima dia seadanya termasuk masa silamnya.
Cinta itu anugerah terindah. Saat kau meminta dariku, ku berikan semuanya kerana hanya itu yang aku ada.
Demi cinta, walau mungkin akan membuatmu terluka, tetaplah melangkah kedepan. kerana cinta adalah perasaan yang menakjubkan.
Cinta selalu memberikan kesempatan untuk berubah menjadi yang lebih baik. Mengampuni kesalahan adalah asasnya.
Dengan keikhlasan dan kecintaan pada Tuhan, menjanjikan ketenangan di hati.
Berikan cinta dgn tulus. Kerana tak ada satu kekuatan pun di muka bumi ini yang dapat menghalangi kekuatan cinta
Satu-satunya cara untuk menemukan cinta sejati adalah menerima kekurangan dan mensyukuri kelebihan orang yang dicintai.
Bersatulah kita kerana Allah. Kerana Dia telah menentukannya. Semoga cinta yang terbina mampu bertahan ke akhirnya
Cinta itu seperti sinar matahari yang memberi Kehangatan di Hati.
Jangan disakiti pada cinta yang telah kau berikan harapan, kelak CINTA itu sendiri akan memakan dirimu.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA.
Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.
Cinta adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan tetapi dari keikhlasan dr hati setiap insan antara satu sama lain.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Tiga perkara (3K) utama sebuah cinta adalah Keikhlasan, Kejujuran dan Kepercayaan.
Cinta adalah magnet yang menarik segala sesuatu yang baik tanpa ada penghujungnya.
Percayalah. Cinta anugerah Ilahi buatku adalah untukmu. Kerana Dia telah amanahkan cinta ini hanya untukmu
Terimalah kekurangan pasangan kita seadanya kerana kita adalah pelengkap dirinya.Cintailah dia sepenuh hati, kerana cintanya sentiasa buatmu
Perkara terbesar yang pernah kamu pelajari adalah hanya untuk MENCINTAI. dan DICINTAI adalah balasannya.
Cinta adalah apa yang aku rasa. Hubungan adalah apa yang telah aku sepakati.
Jika hati telah terisi kebencian dan dendam, maka tidak akan ada lagi tempat untuk cinta dan kasih sayang.

Tanpa cinta, aku tidak dapat melakukan apapun. Tapi dengan cinta apapun dapat aku lakukan.
Hubungan yang terbina atas dasar cinta yang murni, mampu membuatkan kita merasa begitu tenang di 
dalamnya.
Cinta bagaikan burung yang cantik dan indah. Ingin ditangkap, namun tak ingin disakiti.
Cinta 1% jika dipertahankan mampu menjadi cinta yang seutuhnya
Kecantikan diri mengajarkan kita mengagumi dan mensyukuri. Kecantikan hati mengajarkan kita mengasihi dan mencintai.
Hidup berakhir saat kamu berhenti bermimpi. Harapan hilang saat kamu berhenti percaya. Dan Cinta gagal saat kamu berhenti peduli.
Suatu saat kamu kan mengenang kembali masa silam dan sedari, ketika kamu melakukan sesuatu dalam semangat cinta, hidup itu INDAH.
Dalam hidup ini, Kadang-kadang seorang kawan dapat menjadi orang asing. Jika kamu sangat mencintainya, Jangan biarkan itu terjadi!
Kata pujangga, Cinta letaknya di hati, meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali..
Cinta ibarat masa, bukanlah lama atau sekejap yang menjadi hitungan, tetapi bagaimana untuk menghargainya itu yang paling utama.
Sayang tidak boleh di paksa. Sayang datang tanpa perlu bermohon dan sayang akan ghaib walau sehebat mana seruan anda.
Jangan kau benci seseorang dengan cara yang berlebihan. Maafkan dia. Cinta tak pernah membutakan mata untuk saling membenci.
Sejak hari dimana aku merasa terluka.Terluka kerna cinta. Aku berdoa dalam setiap titis air mataku .Untuk mendapatkan pengganti sepertimu.

Hargai Kasih Sayang Seorang Ibu



untuk mak ku, Allahyarhamah Bonda Sauyah, walaupun kau telah tiada lagi di sisiku namun kehangatan cinta dan kasih sayangmu tetap bersemadi bersama dengan nadi kehidupanku...aku rindu mak ... (alamak..mood sedih nyer :( tk terkawal dh...)semenjak mak aku dah meninggal, aku tk bleh dh nk dgr lagu budak mamat tu..lagu ibu tu,  mesti menangis punya... :( 

untuk mak kandungku Bonda Raemah, terima kasih kerana telah melahirkan ku ke dunia ini, tanpamu mak, siapalah aku...terima kasih tak terhingga.. kasih sayang yang telah mak berikan telah menghapuskan segala dukaku.. sayang mak ...  (ishh ni pun aku sedih)

Hargailah mak kita selagi dia masih hidup bersama kita...aku kehilangan seorang mak, tapi masih beruntung kerana masih diberi kesempatan untuk mencurah kasih sayang untuk seorang lagi mak...walaupun aku tidak dapat memberi kemewahan, cukuplah sekadar memberi kasih dan sayang..aku sayang mak aku walaupun tak terungkap dengan kata-kata......

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak

Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

"Jika kamu menyayangi ibumu, "share sharelah" kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu



Apa ada pada nama....... ada memang sungguh bermakna

fuhhh fuhhh ishh byk jugak debu debu kat "umah" aku ni ye...owhh sori tak teringat plak nak mencuci sejak dua menjak ni hihihihi tu la kuat debu...nasib ler ko "umah" hehehe :D

Assalammualaikum sahabat cinta hatiku :) Apa kabar??? 


Ohh ye..sblum tu terima kasihlah kepada sesiapa yang sudi singgah kat sini..nasib ler ada orang yang sudi-sudi menjengok "rumah kosong" ni yer dak... :) .. sbb harapkan tuan rumah nih...hurmm hampehhhhh :D ni pun die tgh boring-boring sbb tu sempat nak jenguk... walaupun sekejap tapi atlest...org akan tahu.."rumah" ini masih lagi berpenghuni... yer dak.. :D

Sbnarnya bukan ape aku terfikir nak bersihkan "rumah kosong" ni..sejak dr bulan Januari sehinggalah April 2013 sekarang ni, aku banyak menerima kedatangan cucu cucu baruku... ada yang lelaki ada yang pompuan... color tak yah cite la..mcm mcm upe hehehe.. walau apa pun rupe namun.. ciptaan Allah tetap comel dan cute kan?? :) syukur.. dh byk kali aku bergelar nenek...nenek mude hikhikhik...(mude la sangat) ha ha jeles le tu :)

dan...bila ada kelahiran cucu cucu baru ku yang comey lote.. mula lah telefon ku sering berdering dengan caling caling...tak pun dengan sms..siap sedia suruh aku mencari nama yang bersesuaian untuk cucu cucu baru aku tu...almaklum la nenek meke ni kan senang nak "google" nama dan maksud nye sekali..:) apa lagi mmg pun aku suke sangat diberi kepercayaan untuk memberi nama yang comel comel untuk cucu cucu ku :)

so apa lagi...kalau nak senang aku google ler hihihi janji nama tu comel..dan wajib ada maksud nya yang baik baik aje :)

ni aku kongsikan sedikit tentang Maksud Huruf Pertama dalam nama kita :)



Huruf Pertama

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan. 


A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.


B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh. 



comel tak "kak ton"


D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.


O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman. 

P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak. (hehehe nama lah taun naga) nama aku lah ni bermula dr S..tu yg kena bold heehe :D


"ommeyy anggattt"


T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.


V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.


W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

kalau nak cari nama nama yang comel...meh klik sini..senang sikit :



ok la tu aje yang nak aku kongsikan untuk kali ni...entah bila lagi la nak bersihkan "umah" ni yer dak :D

bai bai bai...hehehe mcm cite cartoon plak bunyi nye..

C.I.N.T.A



Assalammualaikum sahabat blogger..

Rasanya memang agak lama aku tidak memunculkan diri dalam blog yang tak berapa nak cun ni yer tak? Rindu? Memanglah..bukan aku tak sudi nak bercoretan dalam blogger  ni tapi masa aku huhh! YB dan Mak Datin pun boleh kalah ngengengeee~ hurm...betul tak caye?? Tak pe...simpan dlm hati  je yer :)

Ye..mmg aku curi² masa nk berblogger ni hihiihi tak tahu pulak apa nak aku cerita yer...hurmm… haaa..tapi aku memang teruja nak bercrita pasal cinta... Bab² crita love nie mg aku suke hehehe… ko ader?? :D

CINTA a.k.a LOVE

Cinta tak terungkap oleh kata-kata
Cinta pastinya menuntut pengorbanan
Cinta sendinya keikhlasan
Cinta mengajar erti kesabaran
Cinta mendidik untuk berusaha
Cinta melatih diri menjadi kental dan tabah
Cinta mengajar untuk memberi dan menerima
Cinta adalah anugerah Allah kepada manusia

Bila disebut saja perkataan cinta ataupun percintaan, pastinya semua sudah pun terbayang suasana yang indah, gembira, riang dan sewaktu dengannya hehehe siapa yang tidak suka dilamun cinta? Bohonglah kalau ada yang kata dia tidak pernah dilamun cinta..tak kesah lah samada cintanya terbalas atau cinta yang hanya di dalam hati tapi tak terluah...cinta terpendam katakan hehehhe ada yang terasa ke??? Aku lah tu hohohoho (cinta monyet kot).

Sekalipun seseorang itu memang tidak pernah langsung bercinta sesama manusia, paling tidak pun rasa cinta kepada Allah itu memang ada kan? Malah memang wajib lah kita menanam cinta kita kepada Pemberi Cinta, iaitu Allah s.w.t. Cinta kepada hidupan selaian dr manusia pun, boleh dikatakan cinta...cintakan binatang ke, tumbuhan ke, namun rasa cinta itu tidak boleh melebihi rasa cinta dan sayang kita kepada Allah dan Rasul-Nya. Kita harus pandai menyusun keutamaan cinta, yang mana satu cinta yang kita utamakan, kedua, ketiga dan seterusnya... 

Masa bercinta semuanya memang indah umpama "Makan tak kenyang, Mandi tak basah" atau… pepatah omputeh berkata " You jump, I jump" hehehe (iyer ke) nasib aku tak  bercinta begitu syukur alhamdulillah...cinta masih berlandaskan fikiran bukan hawa nafsu hermm…

Apa yang menarik tentang percintaan ini, seakan-akan ada satu kuasa atau kekuatan luar biasa yang timbul apabila seseorang berada dalam keadaan bercinta. Kekuatan itu membuatkan si pencinta sedaya upaya berusaha sehinggalah apa yang dicita berada dalam gengaman. Mereka sentiasa konsisten dalam mencapai matlamat dan tujuan atau istiqamah.
Cinta hanya satu kata, namun seluruh hidup bernadikan degupnya. Wujudnya kita di dunia ini adalah kerana cinta dan kasih sayang Allah s.w.t.  Getaran cinta sangat kuat dan boleh memberi kesan yang amat besar kepada diri seseorang.

Kita boleh lihat la sekeliling kita, lihat lihat la ada tak hehehe… gelagat orang yang bercinta. Apabila seseorang itu dilamun cinta pastinya mudah tersenyum, ceria, kerap menghantar  SMS dan menelefon untuk mendengar suara bagi menyatakan rasa "sukanya pada awak, rindu kepadamu, kaulah cintaku" dan macam² lah lagi ayat²  power orang yang sedang dilamun cinta...hehehe lain la mcm zaman aku dulu² dlm 19-20 tahun yang lepas...hohoho lamenye… kan masa tu tak der guna hp, so kena guna surat la...kalau ade duit lebih sikit guna telefon awam hehehe … dalam surat tu siap kena tulis "aku tak mampu hidup tanpamu", "setiap detik adalah nadimu"...arghh macam² la lagi, aku dh tak ingat la hahahha...siap simpan bedak lagi tu … kekekekeke... Ko ader??? Tak der kan hehehehe :) best ape… dlm sms mana leh letak bedak kan? tak der wangi² la hehehe...aku plak yang KLMJ, tau ape KLMJ? "Kenangan Lalu Mengusik Jiwa" hihihiihi :D >>> OH NO! (anak ku adam yang salu kata)

Mencintai yang berhak, itu lebih afdal. Mencintai yang lain, itu sampingan. Usah nafikan kehadiran cinta, itu dusta! Usah membuang rasa cinta, itu bongkak! Buktikan cinta kita kepada-Nya. Lorongkan diri atas jalan-Nya, jauhkan diri daripada persimpangan kemurkaan-Nya. Basahkan lidah dengan kalimah-kalimah suci-Nya, tawadukkan hati dengan nikmat kurniaan-Nya. Hayatilah kasih Allah kepada kita dalam setiap saat hembusan nafas kita, kelak kita tidak akan alpa dalam mencari cinta Allah.

Sama² kita bermuhasabah diri...
Jangan takut kehilangan cinta dari manusia, tetapi takut jika kehilangan cinta Allah. Kita bertuah bukanlah kerana dapat menjadi kekasih seseorang, tetapi beruntung jika dapat menjadi kekasih Allah. Cinta dan kasih sayang Allah kepada semua makhluk ciptaanNya tidak berbelah bagi.





Mencintalah kerana-Nya kerana-Nya yang mengekalkan cinta.



Subhanallah…
Allahuakhbar….


drpd sumber yg  diubah suai...
drpd sumber pengalaman ku...

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Daerah Samarahan



Assalamualaikum sahabat,

Sebelum mengUPLOAD gambar² semua, saya terlebih dahulu memohon maaf kerana agak terlewat dan menyebabkan anda yang tertunggu-tunggu gambar² semasa berlangsungnya Majlis Khatam ni...

Terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Sarawak kerana telah menganjurkan Majlis yang begitu besar begini... seingat saya la...ni lah kali pertama anak saya mengikuti Majlis Khatam yang begitu ramai peserta...kalau tak silap dalam 800 orang yang telah dihadiri daripada 42 sekolah rendah... masing² menghantar wakil² nya yang tergolong daripada anak² tahun 6 2012. Seronok juga dapat jemputan sebegini. Semoga tahun² yang akan datang pun masih lagi ada aktiviti seperti ini dianjurkan...

Semasa dalam Majlis ini, bukan saja seronok melihat anak² yang begitu ramai Khatam, juga begitu seronok kerana dapat bertemu dan bermesra serta bersuaikenal dengan ibu² yang hadir...

Jom la kita layan gambar² ni...byk juga coloteh heheheh :)











hurm...ni saja yang nak dicerita...nanti kite jumpa lagi lah yer...ta ta :)
dah penat nie...